Monday 27 May 2013

PENGHANTARAN BAJA TERUS KE KEBUN

Kepuasan pelanggan menjadi keutamaan kami. Kami akan berusaha menghantar terus ke kebun. Pekebun hanya tinggal membaja sahaja. Sekurang-kurangnya kami telah mengurangkan beban pekebun untuk memikirkan pengangkutan bagi menghantar baja.

Pokok sawit yang sudah mengeluarkan hasil perlu dibaja mengikut jadual yang betul. Tanam sawit, jangan sayang duit beli baja untuk pokok. Sayang untuk keluar duit, hasil juga sudah tentu berkurangan. Penjagaan yang bersistematik, hasilnya juga sudah pasti memuaskan hati.

1 Tan Baja Biotech Compound
Hilux 4 x 4 digunakan
Kebun Sawit milik pekebun kecil..
Pokok Sawit....
Biar kebun tak luas, tapi baja mesti cukup. Hasil mesti gempak. Tidak mustahil, ada pekebun boleh mendapat hasil seekar lebih daripada setan sekali tuai.

Kalau ada 6 ekar, sekali tuai 8 tan dengan harga sekarang RM300 lebih, banyak tu boleh dapat.

Sekali tuai = 8 x RM300.00
                 = RM 2400.00

Setahun = 18 x RM 3200.00
          = RM 43200.00

Sedangkan pekebun hanya perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk membaja 4 kali setahun, ada sesetengah pekebun membaja 3 kali setahun. Kalau 6 ekar, lebih kurang 330 pokok kelapa sawit. Pukul rata harga baja 25kg, RM45. Semua nie anggaran sahaja, bukan lah perkiraan yang sebenar.

Sepokok memerlukan 2.5kg.
Sekali membaja = 2.5kg x 330
                      = 825 kg
Memerlukan 33 beg baja = 33 x RM45
                                                 = RM 1485.00

Setahun lebih kurang kos baja = 4 x RM1485.00
                                                     = RM 5940.00

Kos untuk membaja tak sampai pun 15% daripada pendapatan. Semua di atas adalah perkiraan sebagai panduan kepada pekebun. 

Monday 20 May 2013

BAJA UREA 46%N

Hari nie syarikat kami menghantar baja urea 46%N kepada pekebun. Baja Urea ini untuk kegunaan kebun kelapa sawit. Bagi memenuhi permintaan pekebun, berapa pun bilangan yang dibeli kami akan cuba menghantar hingga ke kebun. Itu merupakan salah satu perkhidmatan yang kami tawarkan. 

Kemudahan kepada pekebun menjadi keutamaan kami.

Selaras dengan misi syarikat kami iaitu membekal produk yang berkualiti dan perkhidmatan yang terbaik memudahkan pekebun kecil mendapatkan bekalan dalam meningkatkan hasil keluaran.  

Baja Urea 46%N 
Baja Urea 46%N, berat 50 kg

Thursday 16 May 2013

PEMBEKAL BAJA UREA

Baja Urea adalah sejenis baja sebatian organik berasaskan Nitrogen yang sangat penting di dalam bidang tanaman dan ternakan. Baja urea juga dikenali dengan nama 'Carbamide' dan ianya merupakan baja mengandungi 46% N. Fungsinya menyerupai baja kompos dalam tanah.

Baja urea amat luas skop penggunaannya iaitu boleh diguna untuk semua jenis tanaman. Lebih signifikan lagi ianya boleh diaplikasi untuk semua jenis tanah di Malaysia. Selepas baja urea diambil oleh tumbuhan dan diproses pada daun, tidak ada kesan sisa baki yang tinggal kecuali karbon dioksid yang akan berinteraksi dengan bakteria dalam proses penguraian baja ini. Karbon dioksida dalam tanah tidak merosakkan kualiti tanah.


Kelemahan Baja Urea :
  • Mudah larut dalam air dan bersifat Higroskopik (Hygroscopic water).
  • Sejenis baja sebatian yang tidak stabil. Mudah rosak (decompose) dalam suhu bilik jika terdedah kepada unsur amonia dan karbon dioksida yang akan mengakibatkan kehilangan baja urea yang sangat ketara.

Kelebihan Baja Urea:
  • Cepat bertindak balas dengan tubuhan.
  • Daun berwarna hijau gelap, jika ditabur kepada tanaman sawit, pelepah akan menjadi lebih lembut.
  • Boleh diaplikasikan dalam 3 cara iaitu dalam bentuk cecair, pepejal dan paling istimewa dalam bentuk semburan baja daun.
  • Selamat digunakan. Pengendalian baja urea mudah, cekap, murah serta senang diaplikasikan di dalam kebun.
  • Prestasi tanaman juga amat signifikan dan mampu meningkatkan hasil tanaman.

Perhatian :
  • Jangan sesekali menyimpan baja urea bersama dengan Amonium nitrate dalam setor. Akan merosakkan baja tersebut.
  • Simpan dalam stor berbumbung, mempunyai ruang udara mencukupi, ada alas rak-rak kayu dan jangan di letak di atas simen.
Sumber:

Thursday 2 May 2013

STOK BARU BAJA BIOTECH COMPOUND PK PLUS

Terima kasih kepada syarikat Agrofresh Trading dan Thai Suffi Enterprise kerana memberi peluang kepada syarikat kami Golden Rengat Enterperise mengedarkan baja keluaran syarikatnya untuk kawasan sekitar tempat operasi kami.


Syarikat kami akan cuba memenuhi permintaan pelanggan di kawasan Jerantut, Temerloh, Jengka, Benta, Mela dan kawasan sekitarnya. 


Memandangkan sambutan yang menggalakkan daripada pekebun kecil, syarikat kami cuba adakan stok yang mencukupi  untuk memenuhi permintaan daripada pekebun kecil yang rata-rata menggunakan Baja Biotech Compound untuk tanaman getah dan kelapa sawit. Ada jugak pekebun menggunakan untuk tanaman pisang.

Di awal pembabitan membekalkan baja yang berkualiti kepada pekebun kecil, kami menggunakan kereta untuk menghantar baja kepada pekebun. Kini syarikat kami berusaha memberi perkhidmatan penghantaran hingga ke kebun pekebun dengan menggunakan hilux. Semua usaha ini untuk membantu pekebun kecil yang rata-rata tidak mempunyai pengangkutan sendiri.

Operasi memunggah baja...
Baja disusun agak tinggi untuk menjimatkan ruang...
Baja Biotech Compound PK Plus sedia untuk dijual kepada pekebun kecil...