Tuesday 29 October 2013

KEKACANG PENUTUP BUMI



Tanaman kekacang penutup bumi atau 'Cover Crops' merupakan tanaman yang ditaman bertujuan untuk menutup permukaan tanah.  Tanaman kekacang penutup bumi banyak digunakan oleh pemilik ladang kelapa sawit dan ladang getah. Penanaman kekacang penutup bumi sangat penting bagi mengurangkan:


1.    Kesan hakisan tanah ( terutamanya tanah yang berbukit dan bercerun).

Tanaman kekacang penutup bumi berfungsi melindungi tanah daripada tamparan hujan lebat dan dapat mengelakkan berlakunya hakisan tanah terutamanya di kawasan tanah bercuram.

2.    Menambah unsur nutrien dalam tanah (terutamanya Nitrojan).

Tanaman kekacang penutup bumi yang reput akan menjadi baja atau bahan organik yang boleh meningkatkan kesuburan tanah. Bagi ladang getah dan ladang kelapa sawit tanaman kekacang penutup bumi jenis kekacang dapat membantu mengikat unsur nitrojan dari udara dan seterusnya menjimatkan jaba unsur nitrojan yang perlu digunakan.

3.    Memelihara kelembapan tanah
      
Tanaman kekacang penutup bumi yang ditanam dapat melindungi permukaan tanah daripada terdedah kepada cahaya matahari yang akan menyebabkan berlaku proses pengeringan air dalam tanah akibat suhu tanah dan mengurangkan kelembapan tanah.

4.    Mengurangkan masalah jangkitan penyakit

Kajian juga menunjukkan tanaman penutup bumi dapat mengurangkan masalah jangkitan penyakit akar pada pokok getah. Tanaman kekacang penutup bumi juga berfungsi dalam menggalakkan pertumbuhan akar rerambut pada tanaman.



Kos penghataran menggunakan pos laju:


Wednesday 23 October 2013

BAJA BUAH UNTUK KELAPA SAWIT

Stok baja sebatian NPK (8:8:20)
Baja Sebatian NPK MBI ( 8:8:20 ) dirumus khas untuk menggalakkan pengeluarkan buah kelapa sawit.


Kerja-kerja menurunkan baja daripada lori ke tempat penyimpanan. Bagi memenuhi permintaan pekebun-pekebun kelapa sawit di kawasan sekitar, syarikat telah memesan dalam kuantiti yang banyak. Harga yang ditawarkan amat berpatutan.


Baja Sebatian NPK MBI dibungkus 25kg perbeg untuk memudahkan pekebun mengangkat sendiri menggunakan motosikal dan sebagainya. Pihak kami menyedari akan kemampuan pekebun untuk mengangkat baja jika dibungkus dalam 50 kg. Ini kerana boleh dikatakan rata-rata pekebun terdiri daripada warga emas.


Terima kasih kepada pembekal baja MBI kerana sudi menghantar bekalan nun jauh di pendalaman Pahang.

RAHSIA POKOK CANTIK BUAH LEBAT


Pokok sawit ini merupakan milik salah seorang pelanggan baja dari syarikat kami. Pengurusan ladang yang sangat bagus. Pemilik kebun ini banyak menghabiskan masa di kebun miliknya seluas 4 ekar. Boleh dikatakan 100% kerja kebun dilakukan sendiri.


Pihak kami dimaklumkan oleh pemilik kebun, dia akan membaja setiap bulan dengan kuantiti baja 1 kg/perpokok. Ini bermakna setahun pokok sawit berkenaan memerlukan 12 kg baja.


Pihak kami berasa amat bangga kerana ada kebun milik orang melayu yang diurus dengan baik tanpa bantuan daripada mana-mana pihak. Semuanya hasil titik peluh sendiri. Tahniah dan syabas kepada Pok Mat Lima. Semoga usahanya boleh menjadi contoh kepada pekebun muda yang baru berjinak-jinak dalam bidang pertanian.


Pihak kami akan sentiasa memberi perkhidmatan terbaik dengan membekalkan baja yang berkualiti untuk peningkatan hasil tanaman pekebun kecil. 

Rasanya kami masih baru dalam perniagaan membekalkan baja. Tetapi pihak kami mendapat respon yang baik daripada pekebun-pekebun yang telah menggunakan baja yang dibekalkan. Terima kasih kepada pekebun-pekebun di sekitar kawasan operasi kerana memberi kepercayaan dan sokongan kepada syarikat Golden Rengat Enterprise.

KEPUASAN PELANGGAN, KEUTAMAAN KAMI