Showing posts with label Baja MPOB F4. Show all posts
Showing posts with label Baja MPOB F4. Show all posts

Sunday, 7 July 2013

BAJA MPOB F4 TERBUKTI BERKUALITI

Syarikat kami akan berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik terutamanya dalam membekalkan baja yang berkualiti kepada pekebun. Stok baja MPOB f4 baru sahaja tiba beberapa hari yang lepas dari Pasir Gudang. 

Kepada pekebun yang tercari-cari di mana untuk mendapatkan baja berkenaan boleh terus berhubung dengan kami untuk pembajaan akan datang. 

Baja MPOB f4 dibungkus dengan berat bersih 25kg. 

Pemilihan baja, kekerapan membaja dan cara pembajaan merupakan faktor yang perlu diambil kira untuk memastikan pengeluaran hasil yang menggalakkan.

Baja MPOB f4 ini diharap dapat membantu pekebun kecil mendapatkan baja yang betul dengan harga yang berpatutan. Penggunaan baja MPOB f4 dapat mengurangkan perbelanjaan penanam sawit dan sekali gus memberi pulangan yang lebih kepada mereka. 

Dengan baja MPOB f4 juga, penaman sawit bukan saja dapat mengurangkan kos pembajaan sebaliknya berupaya meningkatkan produktiviti hasil buah tandah segar (BTS) kebun mereka.

Baja MPOB f4 terbukit berkualiti
Kerja-kerja menyusun baja... tauke kecil tak pernah terkecuali.
Ready stok dari kilang di Pasir Gudang.

Baja sampai malam... kerja-kerja penurunan baja terpaksa jugak dilakukan.

Memenuhi permintaan pekebun... tanpa mengenal waktu.

Stok MPOB f4 dan Biotech Compound

KEPUASAN PELANGGAN ADALAH KEUTAMAAN KAMI


KEBERKESANAN BAJA MPOB F4

Baja MPOB f4

KEADAAN bentuk muka bumi di Malaysia yang berbukit bukau di samping mempunyai pelbagai jenis tanah bermasalah dengan kadar hujan tidak menentu menjadikan hasil sawit yang ditanam di kawasan berkenaan juga berkurangan.


Ketidaksuburan tanah berkenaan adalah disebabkan oleh kandungan nutriennya yang rendah, manakala penggunaan baja kimia yang digunakan sebelum ini membabitkan kos yang tinggi.

Dalam menghadapi masalah ketidaksuburan itu, keperluan menghasilkan baja yang bersesuaian adalah sangat penting dan hasil kajian penyelidik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mendapati bahawa baja yang mengandungi nutrien tinggi adalah langkah yang perlu diambil.

Sehubungan itu, MPOB menjalankan satu formulasi dengan menghasilkan baja MPOB F4 iaitu baja campuran organik yang terbukti berkesan terutama dalam aktiviti penanaman kelapa sawit.

Keberkesanan MPOB F4 adalah berasaskan kepada keputusan percubaan penggunaan baja kelapa sawit MPOB yang diselia oleh MPOB selama lima tahun serta kajian insentif berhubung keperluan nutrien kelapa sawit yang tepat selama 20 tahun.

Baja MPOB F4 dihasilkan dengan formulasi 9-618-2-0.5. Baja ini berupaya memperbaiki struktur tanah berbukit, tanah laterik, tanah liat dan lain-lain.

Ketua Unit Agronomi dan Mekanisasi Ladang, Bahagian Penyelidikan Biologi, MPOB, Ahmad Tarmizi Mohammed berkata, sebelum ini MPOB menghasilkan baja F1, F2 dan F3 iaitu baja yang mempunyai campuran kimia.

“Uniknya baja F4 ialah kita menggunakan campuran organik dan kimia bertujuan untuk membantu mengatasi masalah tanah kurang subur seperti tanah bukit.

“Penghasilan baja ini turut menggunakan bahan zeolite yang berupaya mengawal pelepasan nutrien seiring dengan keperluan pokok kelapa sawit.

“Dengan zeolite juga, pengambilan Nitrogen (N) akan meningkat dan pemeruapan Nitrogen (N) ke udara akan berkurangan berikutan perubahan cuaca dan ini sekali gus dapat mengawal kos penanaman pokok kelapa sawit, malah ia mungkin lebih murah,” katanya.

Termizi berkata, baja MPOB F4 berupaya membekalkan nutrien seimbang iaitu selain mengandungi N, P dan K, baja MPOB F4 juga mengandungi magnesium, boron, kalsium, silicon, kuprum, besi, molidenum, zink, sulfur, karbon, oksigen, hidrogen dan klorin.

Baja MPOB F4 berupaya membantu meningkatkan hasil pengeluaran pokok kelapa sawit melalui kesan secara terkawal hasil kombinasi elemen baja MPON F4 dan ia juga berupaya memperbaiki pH tanah serta struktur tanah yang bermasalah.

Menerusi bahan organik serta zeolite yang ditambah dalam MPOB F4 dapat meningkatkan CEC (Cation Exchange Concentration) tanah dan dapat mengelakkan nutrien daripada terperangkap dalam tanah.

Penggunaan baja MPOB F4 juga dapat menyelesaikan tanah yang berbeza-beza di mana organik yang ada di dalamnya berupaya menarik kehadiran cacing tanah serta mikro organisma berfaedah.

Ia sekali gus merendahkan risiko serangan penyakit dan serangga dan kehadiran cacing tanah dapat menyediakan persekitaran yang sesuai untuk kehidupan mikro organisma berfaedah dan membantu mengudarakan tanah sewaktu aktiviti semula jadi.

Dalam mengeluarkan Baja MPOB F4, MPOB menjalankan kerjasama dengan All Cosmos Industries Sdn Bhd dan untuk tujuan itu satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai sempena Persidangan Kebangsaan Biofertilizers 2008 lalu.

Sementara itu, Pengarah Urusan, Syarikat All Cosmos Industries Sdn Bhd, Dato’ Tony Peng berkata, syarikat itu ditubuhkan pada 2001 di Pasir Gudang, Johor dan turut memperoleh kelulusan ISO 9001 itu adalah pengeluar ekslusif baja itu.

“Syarikat ini bermatlamat mempromosikan konsep pertanian hijau di Malaysia dengan mengitar semula bahan buangan dan seterusnya menjadikan bahan berkenaan itu sebagai baja organik.”

“Baja campuran organik ini banyak diperlukan di kawasan berbukit bukau seperti di Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, dan di Sarawak membabitkan kawasan Bintulu dan Miri,” katanya.

Beliau berkata, dengan penghasilan baja ini dapat membantu pekebun kecil mendapatkan baja yang betul dengan harga yang berpatutan.

Penggunaan baja MPOB F4 dapat mengurangkan perbelanjaan penanam sawit dan sekali gus memberikan pulangan yang lebih kepada mereka.

Dengan baja MPOB F4 juga, penanam sawit bukan saja dapat mengurangkan kos pembajaan sebaliknya berupaya meningkatkan produktiviti hasil buah tandan segar (BTS) kebun mereka.


Sumber :
Berita Harian
25 Mac 2009

Saturday, 23 March 2013

BAJA BIO-KIMIA REALSTRONG


MPOB F4


  • Dirumus khusus untuk kelapa sawit.
  • Nutrien kimia yang seimbang, dilitupi oleh bahan organik berasaskan tumbuhan dan mikrooorganisma.
  • Kombinai baja 3 dalam 1 yang lengkap dan mesra alam.
  • Formulasi yang diadaptasi hasil kerjasama penyelidikan diantara Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan ALL COSMOS INDUSTRIES SDN BHD.
REKOMENDASI PENGGUNAAN BAJA MPOB F4

Baja MPOB F4 disyorkan penggunaannya bagi setiap 4 bulan sekali untuk kelapa sawit berumur 1 hingga 15 tahun.

APLIKASI 1
  • Umur 1 Tahun - 0.5 kg/pokok
  • Umur 2 Tahun - 1.5 kg/pokok
  • Umur 3 Tahun - 2.2 kg/pokok
  • Umur 4 Tahun - 2.4 kg/pokok
  • Umur 5 Tahun & ke atas - 2.5 kg/pokok 
APLIKASI 2
  • Umur 1 Tahun - 1.0 kg/pokok
  • Umur 2 Tahun - 2.0 kg/pokok
  • Umur 3 Tahun - 2.2 kg/pokok
  • Umur 4 Tahun - 2.4 kg/pokok
  • Umur 5 Tahun & ke atas - 2.5 kg/pokok 
RealStrong MPOB F4 membantu sawit anda menyerap dan mendapat faedah daripada nutrien yang seimbang di dalam baja. Komposisi baja ini meningkatkan struktur dan kesuburan tanah dan penyakit berbahaya. Untuk hasil yang terbaik bertukarlah kepada baja Real Strong.

Saturday, 16 March 2013

PEMBEKAL BAJA MPOB F4


Kenapa anda mesti memilih MPOB F4?? Ia mempunyai kriteria baja kimia, baja organik dan juga zeolite.

Apa kelebihan Baja MPOB F4 ini??
  • Ia membekalkan peratusan nutrien-nutrien yang seimbang iaitu N_P_K (9-6-18) serta Mg (2.0) dan B (0.5) untuk pokok sawit menghasilkan buah yang banyak. 
  • Ia juga mengandungi mineral zeolite dan bahan organik yang meningkatkan CEC (Cation Exchange Capacity) dan juga membekalkan nutrien-nutrien lain seperti kalsium, silika dan lain-lain nutrien mikro untuk pertumbuhan pokok yang sihat.
  • Adanya mineral zeolite ini dapat membantu nutrien bertahan lebih lama dikawasan perakaran pokok kerana peningkatan CEC tanah berupaya mengawal pelepasan nutrien-nutrien seiring dengan keperluan nutrien-nutrien pokok. 
  • Bahan organik yang terdapat di dalam MPOB F4 berupaya untuk menarik kehadiran mikro-organisma yang efektif untuk menyuburkan tanah. Dengan itu, perkembangan sistem akar akan lebih baik dan nutrien-nutrien yang diperlukan dapat diserap dengan lebih efektif, efisen dan lebih mesra alam. 
  • Baja MPOB F4 mempunyai sifat spesifik yang sesuai digunakan di tanah teres kawasan berbukit yang kandungan organik tanahnya rendah dan juga jenis-jenis tanah bermasalah seperti tanah lateratik, tanah liat dan tanah berpasir.



Berat : 25 kg