Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Saturday, 27 September 2014

MUSUH TANAMAN SAWIT

KEROSAKAN POKOK SAWIT BELUM MATANG OLEH TIKUS DAN KUMBANG BADAK SERTA KESAN KE ATAS PENGELUARAN HASIL AWALAN SAWIT



Serangan Tikus Terhadap Pelepah Bawahan Pokok Kelapa Sawit Berumur 14 Bulan Lepas Tanam

 Tikus merupakan sejenis perosak yang signifikan di ladang kelapa sawit yang akan mendatangkan kerosakkan dan kerugian dari segi hasil tanaman.

  • Tikus akan menggerogoti pelepah bawahan pokok kelapa sawit muda malah menggali lubang di pangkal pokok muda dan makan tisu-tisu muda di dalamnya
  • Tikus juga akan makan mesokarp set buah serta meleraikannya daripada pokok.

Kawalan Perosak : 
  • Guna Racun Tikus Storm merupakan racun tikus jenis 'antigumpal' yang berkesan. (keluaran bm)
  • Guna Racun Tikus Butik G2 Rat Bait (keluaran felda)





Serangan Kumbang Badak Ke atas Pengeluaran Hasil Awalan Sawit

Kumbang badak akan merosakkan tunas daun pokok muda atau belum matang yang belum kembang menyebabkan permukaan daun berkurangan apabila berkembang nanti.

Keadaan ini akan menyebabkan kecekapan proses fotosintesis akan berkurangan dan selanjutnya mengganggu pengeluaran hasil pada masa akan datang.

  • Kumbang badak sering menyerang pelepah pokok sawit muda dan masuk ke dalam tempat pembentukan tunas daun dengan cara menggorek lubang di pangkal pelepah.

Kawalan Perosak : 
  • Guna ORY-X sejenis sebuk yang perlu dibancuh dan di sembur pada pokok yang diserang perosak. (keluaran felda)


Monday, 12 May 2014

MUSUH UTAMA TANAMAN KELAPA SAWIT

Landak

MUSUH TANAMAN LANDAK

Landak biasanya berpasangan dan bersarang dalam
 lubang-lubang tanah, atau dalam lubang yang digali berdekatan dengan perakaran kayuan hutan. Aktif pada waktu malam dan merosakkan tanaman cara mengerat pangkal batan dan memakan umbut kelapa sawit.

TIPS

Memasang perangkap untuk menangkap landak
 berkenaan. Selalunya landak hanya bergerak secaraberpasangan.


Anai-anai

MUSUH TANAMAN ANAI-ANAI

Anai-anai memakan batang pokok kelapa sawit dari dalam. Batang pokok mereput. Nutrien dan air dari akat tidak sampai ke bahagian atas pokok.

TIPS

Anai-anai boleh dihapuskan dengan menggunakan semburan larutan Dieldrex.


Babi Hutan
MUSUH BABI HUTAN

Babi hutan akan merosakkan anak sawit yang baru ditanam. Pada waktu malam babi hutan akan memakan umbut anak kelapa sawit yang masih muda,

TIPS 

Memagar dengan megunakan pagar zink atau plastik 
hitam penutup bumbung ‘nursery’ mengelilingi kawasan tanaman tetapi ianya memerlukan kos yang tinggi.

Di sabah mereka mengunakan rambut manusia yang ditabur disekeliling pokok mereka berjaya mencatatkan 95 peratus  tanaman yang tidak diganggu oleh babi hutan ini.

Mengunakan anjing perliharaan di kawasan ladang sangat berkesan tetapi cara ini kurang popular dikalangan orang melayu yang kebanyakan beragama Islam.  Sebenarnya dalam Islam tidak menghalang kita mengunakan anjing untuk menjaga tanaman.

Cara paling praktikal dan berkesan adalah dengan mengunakan pagar elektrik. Cara ini telah lama digunakan oleh petani luar negeri. Sungguhpun harga mencecah ribuan ringgit ianya sangat berbaloi. 



Friday, 14 March 2014

AMALAN PEMBAJAAN KELAPA SAWIT


Baja MPOB F4

PEMBAJAAN LADANG BERBUKIT

Ladang berbukit mudah kehilangan baja. Terutama apabila musim hujan. Tanah akan terhakis dan baja akan dibawa air. Nutrien kerap hilang di kawasan ini adalah BORON .

TIPS

Baja butiran boleh ditimbus dengan tanah selepas pembajaan. Satu lagi kaedah dengan mengali parit antara pokok itu untuk meletakkan baja supaya tidak dibawa air ketika hujan.


PENGAIRAN LADANG

Ladang kelapa sawit yang sering ditenggelami air akan menyebabkan tanah masam. Akibatnya akar pokok mereput, daun bertukar menjadi kuning dan hasilnya akan berkurangan.

TIPS

Lakukan sistem perparitan bagi membolehkan air mengalir dengan baik.


PENGGEMBURAN TANAH 
MENGGUNAKAN CACING

Tanah yang gembur menjadikan akar berkembang dengan baik. Batang pokok untuk menjadi sihat. Buah sawit yang dihasilkan besar dan berat.

TIPS

Menyediakan ruang untuk cacing untuk hidup dengan baik dengan membersihkan kebun tanpa menggunakan racun yang berlebihan. Menggalakkan penggunaan baja organik tambahan untuk meneutralkan tanah.


PEMBAJAAN EFEKTIF

Rumput dan juga sisa lebihan pokok seperti serpihan pelepah menghalang penyerapan baja secara terus kepada akar. Keberkesanan baja menjadi berkurangan akibat kehilangan baja.

TIPS

Bersihkan pangkal pokok sebelum pembajaan dilakukan. Dengan cara ini , baja ini akan diserap dengan lebih efektif.


POKOK SAWIT JANTAN

Pokok sawit jantan terjadi akibat tiada pendebungaan sempurna antara bunga jantan ( debunga) dan bunga betina ( tandan ). Pokok ini tidak mengeluarkan hasil.

TIPS

Nutrien BORON boleh membantu pembentukan bunga jantan dan bunga betina dengan baik. Nutrien ini boleh didapati dalam baja asas dan baja tambahan khas .

Baja Kelapa Sawit


Tuesday, 11 February 2014

ANAK BENIH KELAPA SAWIT

Anak benih kelapa sawit

MEMILIH ANAK BENIH KELAPA SAWIT

Anak benih kelapa sawit yang berusia kurang daripada 12 bulan masih belum lagi menunjukkan sebarang tanda-tanda keadaan kesihatan yang sebenar.

TIPS

Pilih pembekal anak benih kelapa sawit dari pembekal yang berlesen dan dipercayai. Anak pokok pula seeloknya berusia lebih 12 bulan dan dalam keadaan sihat serta segar.


MENAMAN ANAK POKOK KELAPA SAWIT

Usia anak benih pokok kelapa sawit yang sesuai adalah 12 bulan dan ke atas. Pada usia ini pokok telah boleh berdikari dan tahan cuaca.

TIPS

Tanda-tanda umum pokok dalam keadaan baik adalah daun dan pelepah pokok terbuka dengan baik dan sempurna.


BUAH PERTAMA POKOK KELAPA SAWIT

Anak pokok yang baik tumbuh di tanah yang subur mampu mengeluarkan buah seawal 1 tahun selepas penanaman.

TIPS

Buah pertama ini dibuang untuk mempercepatkan tumbesaran pokok. Serta menghasilkan buah baru yang lebih besar dan lebih banyak jumlah minyak.

Thursday, 6 February 2014

CARA MENINGKATKAN HASIL TANAMAN KELAPA SAWIT

Anda mempunyai kebun kelapa sawit???
Adakah hasilnya memuaskan??? Jika tidak.

Sebenarnya anda rugi kerana mempunyai kebun kelapa sawit yang tidak menguntungkan. Ramai pemilik kebun kelapa sawit tidak sedar sebenarnya mereka dalam kerugian.


5 Faktor penyebab anda rugi:



HASIL KURANG 1 TAN/EKAR SEBULAN

Jika hasil sawit anda kurang dari 1 tan seekar sebulan, anda sangat rugi. Tahukah anda tanaman sawit berpotensi untuk mencapai 2.5 tan seekar sebulan pada waktu puncak. Itu adalah hasil ketika waktu puncak. Hasil purata yang anda sepatutnya dapat sepanjang tahun adalah 1.95 tan seekar sebulan atau 57.82 tan/hektar/tahun!

BAJA DIBAWA AIR

Anda perlu keluar duit membeli baja dan membayar upah menabur baja. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Baja anda tenggelam dan hanyut dibawa air. Rugi duit beli baja dan sedangkan baja yang ditabur tidak berkesan, malah hasil pokok pula menurun.

TIADA RAWATAN POKOK BERMASALAH

Anda mungkin tidak sedar bahawa pokok anda tidak dirawat dengan baik. Pokok kelapa sawit jantan perlu rawatan. Tikus juga merupakan musuh kelapa sawit. Buah yang telah masak akan dimakan oleh tikus. Pokok-pokok ini tdak memberikan hasil dan anda sudah rugi beratus-ratus kilogram buah yang sepatutnya anda dapat dari pada pokok-pokok ini.

PENGGUNAAN RACUN BERLEBIHAN

Tahukah anda tentang kesan racun berlebihan pada hasil sawit anda? Racun berlebihan boleh mematikan sel-sel aktif akar. Apabila sel-sel aktif akar ini mati, baja yang anda berikan tidak dapat diserap dengan baik. Kaedah membersihkan kebun selain meracun adalah dengan membaja.


TIDAK MELABUR UNTUK BAJA

Berapa banyak anda telah melabur untuk membeli baja? Jumlah pelaburan untuk baja anda berkait rapat dengan jumlah hasil yang anda akan dapat. Pokok perlu dibaja asas NPK. Pokok juga memerlukan baja tambahan. 


Dengan pembajaan yang lengkap, buah sawit anda bertambah besar dan bertambah berat. Baja adalah satu pelaburan yang menguntungkan kerana
akan meningkatkan hasil sawit anda berganda-ganda!

Monday, 13 January 2014

MASALAH DAUN KELAPA SAWIT KUNING

Antara masalah yang dihadapi oleh pemilik kebun kelapa sawit ialah serangan penyakit daun kuning. Terdapat banyak penyebab berlaku sedemikian.


MASALAH DAUN KUNING 1

Punca
Masalah daun kuning mungkin terjadi akibat pokok kekurangan nutrien baja berunsur Magnesiun.

Rawatan
Untuk memulihkan kembali daun kuning agar menjadi hijau pekat, lakukan pembajaan menggunakan baja yang mengandungi unsur-unsur Magnesium.


MASALAH DAUN KUNING 2

Punca
Masalah daun kuning mungkin terjadi akibat tanah yang padat. Tanah yang padat mengakibatkan akar tidak berkembang dengan baik dan pokok sukar menyerap nutrien dan baja.

Rawatan
Untuk memulihkan kembali daun kuning agar menjadi hijau pekat,  lakukan penggemburan tanah. Penggemburan tanah yang terbaik adalah menggunkan kaedah semulajadi iaitu penggemburan menggunakan cacing tanah.


MASALAH DAUN KUNING 3

Punca
Masalah daun kuning mungkin terjadi akibat tanah yang masam. Ini menyebabkan akar pokok menjadi rosak dan tidak dapat menyerap baja dengan baik.

Rawatan
Untuk memulihkan kembali daun kung agar menjadi hijau pekat, lakukan pengapuran pada tanah yang bersifat masam.




Baja KIESER BOR dirumuskan khas untuk merawat

 pokok yang bermasalah seperti daun kuning, patah 

pucuk, masalah ulat. Baja ini dalam bentuk debu. Baja

 ini mengandungi 23% MgO dan 4.5% B mampu 

memulihkan pokok yang bermasalah.


Tuesday, 24 December 2013

BAJA KELAPA SAWIT

Secara amnya baja kimia terbahagi kepada dua sumber utama.  Baja yang diperolehi daripada sumber semulajadi iaitu melalui perlombongan dan juga baja sintetik iaitu baja buatan di kilang. Baja-baja ini kemudiannya dibahagikan kepada  3 jenis utama iaitu:-

BAJA TUNGGAL

Baja yang mengandungi satu atau dua zat makanan perlu sahaja.  Baja ini adalah tidak lengkap kerana tidak terdapat zat-zat makanan perlu yang lain contohnya baja lurus jenis Muriate Of Potash (MOP), baja ini  hanya mengandungi zat makanan 60%K2O atau Kalium sahaja, manakala  Rock Phosphate pula mengandungi 29% P2O5 atau Phosphate dan Kalsium sahaja.  Kebiasaannya 4-5 jenis baja lurus diperlukan bagi melengkapkan keperluan pemakanan kelapa sawit.
Baja MOP

Kelebihan baja tunggal ialah kandungan zat makanan yang tinggi dan harga yang lebih rendah.  Contohnya, AN mengandungi 34% N, 29% P2O5 dalam RP,  60%K2O dalam MOP dan 27% MgO dalam Kieserite berbanding hanya  12%N, 6%P2O5, 22% K2O dan 3% MgO dalam baja sebatian (12:6:22:3).

Kelemahannya pula ialah keperluan bagi kekerapan aplikasi baja yang tinggi dan potensi segregasi dan antagonistik yang boleh berlaku apabila selang hari aplikasi untuk  baja MOP dan Kieserite terlalu singkat atau kurang daripada 2 minggu.  Hal ini akan meningkatkan risiko kehilangan baja kerana akar  hanya akan mengambil satu zat makanan sahaja, kebiasaanya hanya zat makanan Kalium dan meninggalkan zat makanan Magnesium  yang kemudiannya akan hilang melalui larut resap.  Segregasi pula boleh berlaku apabila baja berasid seperti Ammonium Nitrate diaplikasikan bersama baja beralkali seperti Rock Phosphate.

Baja jenis ini tidak popular dikalangan pekebun kecil kerana aplikasinya agak cerewet dan memerlukan pengetahuan agronomi untuk memprogramkan kadar rekomendasi yang sesuai dan seimbang dengan keperluan pokok kelapa sawit.

Lain pula dengan syarikat perladangan besar, baja tunggal adalah biasa digunakan diladang-ladang mereka.  Ini adalah kerana harganya yang lebih murah dan kandungan zat makanan yang tinggi.   Tambahan pula syarikat perladangan besar kebiasaanya mempunyai jabatan atau unit agronominya sendiri yang boleh membuat rekomendasi baja yang lebih tepat dan seimbang.

BAJA CAMPURAN

Baja campuran adalah baja yang dicampur diantara 2 atau lebih baja tunggal.  Proses percampuran baja adalah hanya melibatkan percampuran secara terus atau secara fizikal tanpa melibatkan proses pemanasan dan kimia.  Proses campuran adalah berdasarkan nisbah-nisbah tertentu dan boleh dilakukan secara skala kecil dengan menggunakan cangkul atau mesin campur simen atau juga secara berskala besar di kilang-kilang baja.  Walaubagaimanapun  tidak semua jenis baja tunggal boleh dicampurkan diantara satu sama lain kerana tidak sesuai disebabkan ciri-ciri antoginistik dan segregasi sebagaimana yang telah diterangkan diatas.

Kelebihan baja ini adalah menjimatkan masa aplikasi kerana 2 atau lebih jenis baja tunggal dapat diaplikasikan serentak.  Baja ini juga adalah lebih murah berbanding baja sebatian akan tetapi lebih mahal berbanding baja tunggal.

Kelemahannya ialah tidak semua baja tunggal boleh dicampur dan zat makanan dalam baja campuran terdedah kepada risiko ketidakseragaman dan luar daripada spesifikasi peratusan zat makanan.  Contohnya, dalam satu beg baja campuran dengan spesifikasi nisbah 30%MOP dan 17%AN mempunyai potensi yang tinggi untuk mempunyai kadar nisbah yang berlainan seperti 25%MOP dan 20%AN.  Implikasi luar spesifikasi akan mempengaruhi ketepatan kadar baja yang telah direkomendasikan yang berdasarkan kepada spesifikasi yang diberikan oleh pihak pengilang.

BAJA SEBATIAN

Baja sebatian adalah sejenis baja campuran yang melalui proses campuran fizikal, kimia, pemanasan, penyejukan dan pengranularan.

Kelebihan baja sebatian ialah mudah digunakan.  Baja jenis ini dapat membekalkan zat-zat makanan yang hampir lengkap kepada pokok kelapa sawit.  Baja sebatian yang popular adalah dari jenis sebatian 44.  Kadungan zat makanan adalah hampir lengkap iaitu (12%N):(6%P2O5):(22%K2O)(3%MgO)

Kelemahannya pula ialah harganya lebih mahal berbanding baja lurus dan campuran.  Zat makanan nitrogen pula terdedah kepada risiko pemeluapan (kehilangan N ke udara) lebih-lebih lagi bila baja ditabur pada musim panas.  Ini adalah kerana kebanyakkan baja sebatian menggunakan Urea sebagai sumber zat makanan nitrogen didalam baja sebatian mereka.

Ada sesetangah baja sebatian yang tidak berkualiti.  Harga baja sebatian yang tidak berkualiti agak murah sedikit, namun risiko kehilangan zat makanan adalah tinggi dengan menggunakan baja-baja yang murah.  Risiko yang pertama ialah peratusan zat unsur makanan kurang daripada apa yang dinyatakan atau tidak memenuhi spesifikasi.

Keduanya, menggunakan granular yang tidak berkualiti.  Kebiasaannya, granular yang tidak berkualiti akan lambat larut selepas ditabur.  Kadangkala, granular tersebut masih kelihatan diatas tanah walaupun setelah 3 bulan ditabur.  Keadaan ini boleh meningkatkan kehilangan zat makanan melalui air larian apabila hujan lebat.

Sememangnya diakui sebahagian zat makanan telah dilepaskan daripada granularnya.  Namun persoalan yang timbul ialah berapa peratus yang telah dilepaskan dan berapa lama masa yang perlu diambil untuk 100% zat makanan dilepaskan? Sekiranya, ia mengambil masa sehingga 2-3 bulan, maka risiko untuk hujan lebat dalam jangkamasa ini adalah tinggi yang juga akan membasuh kesemua granular-granular bersama dengan zat makanan yang masih berbaki.

Pada pandangan saya adalah lebih baik kita mencuba beberapa jenis baja dahulu dengan kadar yang sedikit dan lihat keberkesanannya.  Ekperimen mudah ialah dengan menabur baja-baja sebatian didalm polibeg nurseri dan disiram setiap hari.    Bagi menjimatkan masa, beli beberapa jenis baja sebatian dalam bungkusan kecil dan jalankan ekperimen anda secara serentak.

Bagi mendapatkan keputusan yang agak tepat, anda boleh menyediakan replikasi iaitu satu jenis baja sebatian ditaburkan kepada sekurang-kurangnya 5 polibeg.  Sekiranya anda ingin menguji 3 jenis baja sebatian, maka anda perlukan 15 polibeg yang mana setiap satu jenis baja akan ditaburkan kepada 5 polibeg.

Lihat berapa lama masa yang diperlukan untuk granular larut.  Bandingkan ketiga-tiga jenis baja sebatian yang telah diuji.  Pilih baja yang menunjukkan kadar perlarutan yang paling cepat.  Mungkin aka nada polibeg yang lambat larut untuk satu-satu jenis baja sebatian.  Untuk ini, anda perlu ambil purata bagi setiap polibeg yang menunjukkan kadar larutan yang cepat.  Bandingkan purata bagi setiap jenis baja sebatian tersebut dan pilih purata yang terbanyak.

Walaubagaimanapun, jalan yang terbaik ialah pilih baja sebatian yang berjenama sperti CCM, YaraMilla, FPM, MPOB F1 dan Benh Mayer.  Walaupun harganya agak mahal sedikit namun kualitinya agak terjamin.


Pembajaan adalah satu pelaburan yang menjamin kelangsungan hasil ladang anda.

SUMBER:

Thursday, 11 July 2013

KEKERAPAN MEMBAJA DALAM SETAHUN

Baja MPOB f4
Kekerapan membaja, pemilihan baja dan amalan pengurusan ladang memain peranan penting dalam meningkatkan hasil tanaman. Pekebun boleh buat perancangan untuk pembajaan setahun berdasarkan panduan yang kami sediakan. 

ANGGARAN KOS PEMBAJAAN KELAPA SAWIT


Kebanyakkan pekebun kecil mempunyai keluasan tanah 6 ekar. Jadi elok kiranya kami membuat anggaran untuk keluasan berkenaan. Sekiranya lebih, pekebun boleh darab sendiri mengikut bilangan pokok sawit yang pekebun miliki. Mudah kan.



Maklumat Ringkas:

Pokok Sawit  : 55 pokok/perekar
Baja   : 25 kg/perbag
Harga : RM 45.00


PILIHAN 1 : AMALAN PEMBAJAAN TERBAIK, 4 KALI SETAHUN

Bilangan Pokok  :  6 Ekar x 55 pokok = 330 pokok
Kuantiti baja  : 330 pokok x 2.5 kg/perpokok  = 825 kg ( 33 beg )
Kos baja  :  33 beg x RM45 = RM 1485.00 sekali tabur.

KOS PEMBAJAAN SETAHUN : 4 X RM 1485 = RM 5940.00



PILIHAN 2 : AMALAN PEMBAJAAN BAIK, 3 KALI SETAHUN

Bilangan Pokok  :  6 Ekar x 55 pokok = 330 pokok
Kuantiti baja  : 330 pokok x 2.5 kg/perpokok  = 825 kg ( 33 beg )
Kos baja  :  33 beg x RM45 = RM 1485.00 sekali tabur.

KOS PEMBAJAAN SETAHUN : 3 X RM 1485 = RM 4455.00



PILIHAN 3 : AMALAN PEMBAJAAN MEMUASKAN, 2 KALI SETAHUN

Bilangan Pokok  :  6 Ekar x 55 pokok = 330 pokok
Kuantiti baja  : 330 pokok x 2.5 kg/perpokok  = 825 kg ( 33 beg )
Kos baja  :  33 beg x RM45 = RM 1485.00 sekali tabur.

KOS PEMBAJAAN SETAHUN : 2 X RM 1485 = RM 2970 .00


SEMUANYA BERGANTUNG KEPADA ANDA UNTUK MEMBUAT PILIHAN. SELALUNYA YANG TERBAIK MENJADI PILIHAN UNTUK HASIL YANG TERBAIK.

Tuesday, 16 April 2013

TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIEN TUMBUHAN


Tumbuhan juga memerlukan makanan yang seimbang untuk hidup subur dan seterusnya mengeluarkan hasil yang lumayan. Sebagai petani seharus perlu mengetahui serba sedikit tentang perubahan tanaman kita agar dapat membekalkan baja mengikut keperluan pokok tanaman.

TANDA-TANDA KEKURANGAN

NITROGEN (N)
Daun menjadi kuning, khususnya daun tua tidak berlaku keseluruhan
Urat-urat daun juga menjadi kuning.

FOSFORUS (P)
Saiz daun lebih kecil.

KALIUM (K)
Tanda mula-mula kelihatan pada daun yang tua.
Ciri-ciri kekuningan pada hujung daun dan merebak ke tepi daun.
Seterusnya kawasan kekuningan menjadi nekrosis dan berwarna perang.

KALSIUM (Ca)
Kebantutan pokok yang teruk, daun kecil dengan nekrosis pada hujung daun muda dan daun tua.

MAGNESIUM (Mg)
Kekuningan pada daun tua bermula daripada kawasan interkosta berhampiran urat daun dan merebak ke bahagian tepi.
Urat-urat daun masih kekal hijau. Daun-daun masih kekal hijau.
Daun-daun yang telibat akan luruh.

SULFUR (S)
Tanda mula-mula kelihatan pada daun muda yang kekal kecil dan bertukar warna menjadi kuning, sementara urat daun masih kekal hijau.
Daun-daun yang terlibat menjadi cembung di bahagian permukaan atas.

FERUM (Fe)
Daun yang muda mengalami klorosis dengan urat-urat daun masih kekal hijau dan menjadi lebih jelas.

MANGAN (Mn)
Pokok menjadi bantut, daun-daun tua mengalami klorosis dan menjadi kuning sementara urat-urat daun masih kelihatan hijau.

KUPRUM (Cu)
Pucuk daun menjadi kerekot dengan perubahan warna perang di bahagian tepi, diikuti dengan mati rosot pucuk terminal.
Seterusnya terdapat proliferasi pucuk lateral yang juga mudah diserang mati rosak.

Sunday, 14 April 2013

MEMBAJA MERAIH HASIL YANG LUMAYAN

Klik pada gambar untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Kaedah membaja memainkan peranan penting untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Pekebun perlu mengetahui cara-cara pembajaan yang betul, membaja mengikut jadual serta pemilihan baja yang betul. 


Terdapat 3 prinsip membaja meraih hasil yang lumayan:

PRINSIP 1 : Biar Tanaman Sawit Mendapat Bekalan Nutrien Yang Mencukupi

PRINSIP 2 : Biar Tanaman Sawit Mendapat Bekalan Nutrien  Secara Konsisten Dan Berkekalan

PRINSIP 3 : Biar Membaja di Tempat Taburan Akar Kesan Lebih Baik


Klik Di sini  untuk mendapat maklumat lanjut.

Sumber: Infopertanian.com

Saturday, 23 March 2013

PERBEZAAN BAJA BIO-ORGANIK DAN BAJA KIMIA


Perbezaan baja Bio-organik dan baja kimia:

Baja Bio-Organik
Baja Kimia
1
Mengandungi 8 mikroorganisma dan enzim aktif (membantu menghasilkan nutrien).
Kurang mikroorganisma dan enzim aktif.
2
Nutrien seimbang membantu melawan virus dan penyakit.
Nutrien tidak seimbang.
3
Dihasilkan mengunakan bahan semulajadi yang berkualiti dan mesra alam.
Dihasilkan menggunakan bahan kimia yang menjejaskan alam sekitar.
4
Nutrien dapat dikekalkan walaupun pada musim hujan.
Nutrien mudah hilang dibawa air terutamanya apabila musim hujan.
5
Tanah lebih subur pada PH 6-7, mencegah penyakit dan serangan serangga.
Tanah menjadi berasid dan mudah diserang serangga dan penyakit.
6
Baja membekalkan nutrien sehingga 70-100 hari.
Baja hanya membekalkan nutrien sehingga 20-50 hari.
7
Menjimatkan kos dan meningkatkan kuantiti hasil tanaman.
Kos tinggi dan mengurangkan hasil tanaman dalam jangka masa panjang.
8
Bebas toksik, tidak mempengaruhi kesuburan dan struktur tanah.
Mengandungi toksik yang mempengaruhi kesuburan dan struktur tanah.
9
Meningkatkan warna, rasa dan kualiti tanaman.
Menjejaskan warna, rasa dan kualiti tanaman.

Sunday, 17 March 2013

BAJA DAN KEPERLUAN UNTUK POKOK



FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGAMBILAN NUTRIEN OLEH POKOK SAWIT


1. Kaedah Penaburan
  • Manual iaitu samada di bulatan atau baris pelepah.

2. Masa Penaburan
  • Elakkan aplikasi baja pada musim panas berpanjangan atau musim hujan.

3. Kekerapan Penaburan
  • Bergantung kepada topografi ladang, jenis tanah, jumlah hujan tahunan, dan jenis baja.

4. Kadar Baja
  • Bergantung kepada umur pokok dan potensi hasil sesuatu kawasan.

5. Tempat Perletakan Baja
  • Bergantung kepada umur pokok dan topografi iaitu baja ditabur samada di bulatan, lorong pelepah atau teres

6. Kualiti Baja
  • Baja yang tidak berkualiti mempunyai kadar nutrien yang lebih rendah daripada yang sepatutnya dan jika tidak diambil perhatian menyebabkan pokok tidak mendapat zat nutrien yang cukup dan kerugian pada pihak ladang.
  • Dua komponen yang perlu diberi perhatian iaitu komposisi nutrien dalam baja dan peratusan kelembapan pada baja.
  • Oleh itu, setiap jenis baja yang diterima perlu disampel untuk analisa kedua-dua komponen berkenaan sebelum baja tersebut diaplikasi ke ladang

FAKTOR-FAKTOR KEHILANGAN NUTRIEN

1. Persediaan Awal Ladang Tidak Betul
  • Berlaku hakisan di ladang secara meluas menyebabkan kehilangan banyak tanah atas (topsoil)


2. Pemeruwapan (volatilisation)
  • Berlaku pada baja berunsur N seperti Urea. Boleh dikurangkan melalui:
          a) Aplikasi baja berunsur N (urea) pada bulan lembap
          b) Baja N yang ditabur ditutup dengan tanah (raking in).
          c) Aplikasi baja N dipecahkan kepada beberapa pusingan.


3. Larut resap (leaching)
  • Kerap berlaku pada kawasan tanah berpasir dan menerima hujan tinggi.
  • Unsur N, K dan Mg adalah nutrien utama yang boleh hilang melalui larut resap.
  • Kehilangan melalui larut resap boleh dikurangkan secara:
          a) Aplikasi sesuatu jenis baja dipecahkan kepada beberapa pusingan.
          b) Menabur rata baja pada kawasan akar aktif tanaman untuk meningkatkan kadar
               serapan.
          c) Mengelakkan pembajaan pada bulan-bulan yang hujan tinggi iaitu hujan melebihi
              250 mm per bulan atau bilangan hari hujan melebihi 15 hari per bulan.
          d) Sungkupan dengan tandan kosong untuk meningkatkan kandungan organik tanah.
          e) Meninggikan pH tanah berasid melalui pengapuran untuk meningkatkan kadar
              pertukaran kation (CEC).


4. Hakisan
  • Melibatkan kehilangan tanah atas dan zat nutrien yang terkandung bersamanya.
  • Kehilangan nutrien melalui hakisan dan air larian permukaan boleh dikurangkan secara:
          a) Aplikasi baja dibahagikan kepada beberapa pusingan.
          b) Kekalkan penutup bumi yang baik dalam ladang
          c) Penggunaan tandan kosong ataupun pelepah yang dicantas sebagai sungkupan
          d) Pembinaan teres dan tapak tanaman yang baik pada kawasan berbukit.
          e) Penggunaan ban (soil bund) ataupun 'silt pit' untuk memperlahan dan memerangkap                                
              aliran air pada kawasan teres

5. Zat Nutrien Diikat Oleh Tanah (Fixation)

Contohnya:
a) Nitrogen (N) diikat oleh tumbuhan kekacang ataupun mikrob untuk proses pereputan bahan organik.
b) Fosforus (P) diikat oleh tanah yang kaya dengan unsur Fe dan Al.




PROSES PENINGKATAN INI BOLEH DAN AKAN DIKURANGKAN APABILA:
  • Bahan organik telah terurai sepenuhnya dan unsur N dibebaskan secara mineralisasi.
  • Aplikasi baja fosforus (P) secara jalur (band application), di atas pelepah ataupun di luarbulatan pokok iaitu kawasan akar aktif untuk mengurangkan sentuhan baja dengan tanah.
  • Melakukan pengapuran pada tanah pH rendah.
  • Sungkupan permukaan tanah dengan pelepah yang dicantas ataupun tandan kosong.


KESIMPULAN
  • Peningkatan penghasilan BTS bergantung kepada beberapa faktor seperti tanah, pembajaan, cuaca (hujan, suhu, cahaya), amalan agronomi dan tahap pengurusan ladang.
  • Oleh kerana baja merupakan komponen kos yang tinggi dalam operasi perladangan sawit, kualiti baja dan keberkesanan pembajaan janganlah dipandang ringan oleh pihak pengurusan.
  • Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pembajaan adalah:
    1.  Kaedah membaja
    2. Masa penaburan
    3. Kadar pembajaan
    4. Persaingan rumpai
    5. Bilangan dirian pokok f) Serangan perosak & penyakit