Showing posts with label Testimoni. Show all posts
Showing posts with label Testimoni. Show all posts

Wednesday, 23 October 2013

RAHSIA POKOK CANTIK BUAH LEBAT


Pokok sawit ini merupakan milik salah seorang pelanggan baja dari syarikat kami. Pengurusan ladang yang sangat bagus. Pemilik kebun ini banyak menghabiskan masa di kebun miliknya seluas 4 ekar. Boleh dikatakan 100% kerja kebun dilakukan sendiri.


Pihak kami dimaklumkan oleh pemilik kebun, dia akan membaja setiap bulan dengan kuantiti baja 1 kg/perpokok. Ini bermakna setahun pokok sawit berkenaan memerlukan 12 kg baja.


Pihak kami berasa amat bangga kerana ada kebun milik orang melayu yang diurus dengan baik tanpa bantuan daripada mana-mana pihak. Semuanya hasil titik peluh sendiri. Tahniah dan syabas kepada Pok Mat Lima. Semoga usahanya boleh menjadi contoh kepada pekebun muda yang baru berjinak-jinak dalam bidang pertanian.


Pihak kami akan sentiasa memberi perkhidmatan terbaik dengan membekalkan baja yang berkualiti untuk peningkatan hasil tanaman pekebun kecil. 

Rasanya kami masih baru dalam perniagaan membekalkan baja. Tetapi pihak kami mendapat respon yang baik daripada pekebun-pekebun yang telah menggunakan baja yang dibekalkan. Terima kasih kepada pekebun-pekebun di sekitar kawasan operasi kerana memberi kepercayaan dan sokongan kepada syarikat Golden Rengat Enterprise.

KEPUASAN PELANGGAN, KEUTAMAAN KAMI

Monday, 17 June 2013

PEMBAJAAN KELAPA SAWIT - BAJA GUNUNG BERAPI

KEBUN PAK MAJID

Ini merupakan kali-2 Pak Majid membaja kebun sawitnya menggunakan Baja Biotech Compound yang dibekalkan oleh syarikat kami. Kali pertama pada bulan Februari yang lalu. Kerja-kerja pembajaan ini telah dilakukan pada 16 Jun yang lepas. 

Syarikat kami akan cuba mendapatkan reaksi dari masa ke semasa daripada pengguna baja berkenaan. Setakat hari ini, rata-rata yang telah menggunakan baja Biotech Compound untuk getah dan kelapa sawit amat berpuas hati dengan keberkesanannya.

Menaikkan baja di atas hilux.....
Penghantaran baja hingga ke kebun
Kerja-kerja manabur baja...

Tuesday, 23 April 2013

KEBUN SAWIT PAK MAJID

Pak Majid merupakan pengguna baja biotech compound pertama yang dibekalkan oleh syarikat kami. Pokok sawit yang berusia 14 tahun ini telah dibaja dengan baja biotech pada awal bulan Februari yang lalu. Selepas sebulan, pihak kami cuba mendapatkan riaksi pemilik. 

Selepas sebulan tidak banyak yang boleh kami perhatikan. Baja yang ditabur masih lagi belum hancur sepenuhnya. Cuma kami mendapat maklum balas daripada pemilik menyatakan hasil tuaian ada peningkatan sebanyak 200 kg daripada tuaian sebelumnya.

Kami akan cuba mendapatkan perkembangan dari masa ke semasa.







Baja Biotech Compound belum hancur sepenuhnya.

Kebun milik Pak Majid terletak di Kampung Damak.

Saturday, 6 April 2013

KEBUN POK LI

Daun anak sawit yang berusia 1 tahun lebih menjadi lembut

Kebun sawit milik Pok Li mengalami masalah daun menjadi lembut, dan melayut ke bawah. Masalah ini terjadi kerana tersalah menggunakan baja kimia. Mungkin baja berkenaan tidak sesuai untuk anak sawit yang masih kecil. 



Jadi syarikat kami telah mencadangkan agar menggunakan baja biotech. Setelah sebulan lebih dibaja, hasilnya pelepah kelapa sawit  semakin keras.  


Saturday, 16 March 2013

KEBUN PAK MAEL

Baru Tanam bulan Jan 2013

Pak Mael menggunakan Baja Biotech Compound untuk baja lubang. Pak Mael membiarkan baja berkenan kena hujan 2-3 kali sebelum menanam pokok kelapa sawit. Kita tengok hasilnya pokok cepat mengeluarkan pucuk baru kerana akar cepat menerima sumber nutrisi yang lengkap.