![]() |
![]() |
Baja MPOB F4 |
PEMBAJAAN LADANG BERBUKIT
Ladang berbukit mudah kehilangan baja. Terutama apabila musim hujan. Tanah akan terhakis dan baja akan dibawa air. Nutrien kerap hilang di kawasan ini adalah BORON .
TIPS
Baja butiran boleh ditimbus dengan tanah selepas pembajaan. Satu lagi kaedah dengan mengali parit antara pokok itu untuk meletakkan baja supaya tidak dibawa air ketika hujan.
PENGAIRAN LADANG
Ladang kelapa sawit yang sering ditenggelami air akan menyebabkan tanah masam. Akibatnya akar pokok mereput, daun bertukar menjadi kuning dan hasilnya akan berkurangan.
TIPS
Lakukan sistem perparitan bagi membolehkan air mengalir dengan baik.
PENGGEMBURAN TANAH
MENGGUNAKAN CACING
MENGGUNAKAN CACING
Tanah yang gembur menjadikan akar berkembang dengan baik. Batang pokok untuk menjadi sihat. Buah sawit yang dihasilkan besar dan berat.
TIPS
Menyediakan ruang untuk cacing untuk hidup dengan baik dengan membersihkan kebun tanpa menggunakan racun yang berlebihan. Menggalakkan penggunaan baja organik tambahan untuk meneutralkan tanah.
PEMBAJAAN EFEKTIF
Rumput dan juga sisa lebihan pokok seperti serpihan pelepah menghalang penyerapan baja secara terus kepada akar. Keberkesanan baja menjadi berkurangan akibat kehilangan baja.
TIPS
Bersihkan pangkal pokok sebelum pembajaan dilakukan. Dengan cara ini , baja ini akan diserap dengan lebih efektif.
POKOK SAWIT JANTAN
Pokok sawit jantan terjadi akibat tiada pendebungaan sempurna antara bunga jantan ( debunga) dan bunga betina ( tandan ). Pokok ini tidak mengeluarkan hasil.
TIPS
Nutrien BORON boleh membantu pembentukan bunga jantan dan bunga betina dengan baik. Nutrien ini boleh didapati dalam baja asas dan baja tambahan khas .
![]() |
Baja Kelapa Sawit |
Terima kasih kerana menyebarkan ilmu bermanfaat ini dari page Komuniti Pemilik Tanaman Sawit.
ReplyDeleteDapatkan tips terbaru di
https://www.facebook.com/tanamsawit.wordpress
Bersama memajukan industri sawit Malaysia.
Kami mengharapkan perkongsian ini dapat memberi kebaikan semua penggungjung blog ini. Terima kasih kepada Komuniti Pemilik Tanaman Sawit.
ReplyDeleteBagaimana untuk mendapatkan baja ini?
ReplyDeleteBoleh hubungi kami. Ditalian yang tertera.
ReplyDelete