Monday 26 May 2014

BAJA MPOB F1 (BAJA BIO-ORGANIK)


Baja RealStrong NPK (5:5:5) Berat : 25 kg

RealStrong Bio-Organik (N:5 P:5 K:5)
  • Dihasilkan khas untuk semua jenis tanaman.
  • Sesuai untuk semua jenis tanah bermasalah dan berbukit.
  • Mengandungi bahan asas organik.
  • Khasiat seimbang untuk penghasilan buah yang berkualiti.\ 
  • Dirumus (fomulasi) untuk penghasilan yang mudah dan seimbang. 
  • Organik (65%), Kimia (30%) dan Zeoliti (5%)

Perapi Tanah

BAJA BIO-KIMIA
  • Baja kimia digunakan setiap hari dalam bidang pertanian. Kandungan kimia (N, P, K, Mg, B, TE) bahan ini digabungkan dengan bahan asas organik dan mikro organisma yang sesuai untuk jangka masa yang panjang.

MIKRO ORGANISMA YANG EFEKTIF (EM)
  • Mikro organik adalah benda hidup yang telah lama wujud. aIa mengabungkan nitrogen, udara dan tanah. Seterusnya cairkan phosphate dan patassium yang memecahkan bahan organik, menjadi lebih halus supaya memudahkan penerapan oleh akar.

GABUNGAN BAHAN BUKAN ORGANIK DAN ORGANIK
  • Gabungan baja organik dan bukan organik boleh menambahkan nilai pH tanah. Secara tidak langsung hasil tanaman juga akan mendapat nutrisi yang diperlukan oleh tumbuhan dalam jangka masa panjang. Baja ini memperbaiki kualiti tanah.

3 DALAM 1 BAJA BIO-KIMIA

BAJA KIMIA
  • N: Urea, Ammonium Sulphate (AS), P: Rock Phosphate/ Mono -Ammonium Phosphate (MAP), K:Muriate of Potash (MOP), Sulphate of Potash (SOP), Mg: Kiesserite/ Magnesium Sulphate.

MIKRO ORGANISMA YANG EFEKTIF (ME)
  • Terdapat  8  spesis mikro organisma dalam baja ini yang berfungsi untuk  mengabungkan unsur N dan melarut unsur P dan K. Spesis bakteria dan kulat antagonistic ke dalam Basal Stem Rot sedang dikaji. Bahan ini boleh mengelakkan ancaman bakteria dan kulat pada tumbuh-tumbuhan.

BAHAN ORGANIK DAN ZEOLITE
  • Koko, kopi, beras bran, Palm bunch ash, Palm decanter cake, dan Volconic ash (zeolite).

CADANG PENGGUNAAN BAJA RealStrong (5:5:5)

TANAMAN SAYUR-SAYURAN BERDAUN
  • 250g/m2 - gunakan semasa tanah digemburkan.
TANAMAN SAYUR BERBUAH
  • 250g/m2 - gunakan semasa tanah digemburkan.
TANAMAN BUAH-BUAHAN
  • 500g/pokok- gunakan semasa penanaman.
  • 3kg/pokok - gunakan selepas penuaian.
TANAMAN KELAPA SAWIT
  • 700kg/pokok - gunakan semasa penanaman.
  • 4kg/pokok- gunakan semasa pokok matang.

Cadangan tersebut bergantung kepada usia tanaman, nutrisi tanah, cuaca dan amalan pengurusan ladang.

Pokok kelapa sawit 13 bulan selepas ditanam

Monday 12 May 2014

MUSUH UTAMA TANAMAN KELAPA SAWIT

Landak

MUSUH TANAMAN LANDAK

Landak biasanya berpasangan dan bersarang dalam
 lubang-lubang tanah, atau dalam lubang yang digali berdekatan dengan perakaran kayuan hutan. Aktif pada waktu malam dan merosakkan tanaman cara mengerat pangkal batan dan memakan umbut kelapa sawit.

TIPS

Memasang perangkap untuk menangkap landak
 berkenaan. Selalunya landak hanya bergerak secaraberpasangan.


Anai-anai

MUSUH TANAMAN ANAI-ANAI

Anai-anai memakan batang pokok kelapa sawit dari dalam. Batang pokok mereput. Nutrien dan air dari akat tidak sampai ke bahagian atas pokok.

TIPS

Anai-anai boleh dihapuskan dengan menggunakan semburan larutan Dieldrex.


Babi Hutan
MUSUH BABI HUTAN

Babi hutan akan merosakkan anak sawit yang baru ditanam. Pada waktu malam babi hutan akan memakan umbut anak kelapa sawit yang masih muda,

TIPS 

Memagar dengan megunakan pagar zink atau plastik 
hitam penutup bumbung ‘nursery’ mengelilingi kawasan tanaman tetapi ianya memerlukan kos yang tinggi.

Di sabah mereka mengunakan rambut manusia yang ditabur disekeliling pokok mereka berjaya mencatatkan 95 peratus  tanaman yang tidak diganggu oleh babi hutan ini.

Mengunakan anjing perliharaan di kawasan ladang sangat berkesan tetapi cara ini kurang popular dikalangan orang melayu yang kebanyakan beragama Islam.  Sebenarnya dalam Islam tidak menghalang kita mengunakan anjing untuk menjaga tanaman.

Cara paling praktikal dan berkesan adalah dengan mengunakan pagar elektrik. Cara ini telah lama digunakan oleh petani luar negeri. Sungguhpun harga mencecah ribuan ringgit ianya sangat berbaloi.