Friday 21 March 2014

MEMBELI SECARA PUKAL MENJIMATKAN

KENAPA PERLU MEMBELI SECARA PUKAL???

MENJIMATKAN !
MENGUNTUNGKAN !

PEMBELIAAN MESTI 
5 TAN - KE ATAS 

PENGHANTARAN PERCUMA
seluruh Semenanjung Malaysia

Baja Sebatian MBI  dengan kandungan NPK (15:15:15)

Secara puratanya pekebun akan membaja lebih kurang 2-3 kali setahun. Kami telah bincangkan dalam post sebelum ini  ANGGARAN PEMBAJAAN DALAM SETAHUN.  Jadi pekebun boleh membuat pengiraan dan membeli secara pukal untuk setahun.

Barang apa sekali pun, beli sedikit lebih mahal berbanding beli secara pukal. Lebih mudah jika pekebun oder secara kelompok. Jadi untung pembelian baja dapat dikongsi dengan rakan pekebun yang lain. 

Oder 5 tan hanya perlu cari 5 orang rakan sahaja. Seorang akan membeli 20 beg yang berat bersih 50kg/perbeg. Sudah cukup untuk membaja sawit seluas 6 ekar untuk sekali pembajaan.

Baja Sebatian MBI  dengan kandungan NPK (12:12:17-2 +TE)

Baja Sebatian MBI keluaran tempat yang berkualiti.

BAJA SEBATIAN MBI sesuai digunakan untuk tanaman sawit baru berbuah dan separuh matang.

Menggalakkan pertumbuhan dan pembetukan buah.

Mengandungi semua elemen asas yang diperlukan oleh pokok.

Mempunyai kadar larut yang tinggi.

Kekerapan pembajaan 3 - 4 bulan sepusingan.

Mengandungi nutrien utama seperti Nitrogen, Fosforus dan Kalium untuk menggalakkan pengeluaran bunga dan meningkatkan kualiti dan kuatiti hasil.

Membekalkan Mikronutrien yang diperlukan dalam proses pertumbuhan.

Menggalakkan pertumbuhan akar.

Berfungsi sebagai kawalan Biologi terhadap penyakit Bawaan tanah seperti Kanker dan Wilt (Phytium spp.rhizoctonia spp. Fusarium spp. Phytophthora spp).

Meningkatkan kecekapan pengambilan nutrien dan air oleh akar pokok. 

Membantu memperbaiki struktur tanah.


BAJA YANG DIJAMIN BERKUALITI DAN

 HARGA YANG AMAT BERPATUTAN


Terbukti dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada pekebun di seluruh Semenanjung Malaysia.

Friday 14 March 2014

AMALAN PEMBAJAAN KELAPA SAWIT


Baja MPOB F4

PEMBAJAAN LADANG BERBUKIT

Ladang berbukit mudah kehilangan baja. Terutama apabila musim hujan. Tanah akan terhakis dan baja akan dibawa air. Nutrien kerap hilang di kawasan ini adalah BORON .

TIPS

Baja butiran boleh ditimbus dengan tanah selepas pembajaan. Satu lagi kaedah dengan mengali parit antara pokok itu untuk meletakkan baja supaya tidak dibawa air ketika hujan.


PENGAIRAN LADANG

Ladang kelapa sawit yang sering ditenggelami air akan menyebabkan tanah masam. Akibatnya akar pokok mereput, daun bertukar menjadi kuning dan hasilnya akan berkurangan.

TIPS

Lakukan sistem perparitan bagi membolehkan air mengalir dengan baik.


PENGGEMBURAN TANAH 
MENGGUNAKAN CACING

Tanah yang gembur menjadikan akar berkembang dengan baik. Batang pokok untuk menjadi sihat. Buah sawit yang dihasilkan besar dan berat.

TIPS

Menyediakan ruang untuk cacing untuk hidup dengan baik dengan membersihkan kebun tanpa menggunakan racun yang berlebihan. Menggalakkan penggunaan baja organik tambahan untuk meneutralkan tanah.


PEMBAJAAN EFEKTIF

Rumput dan juga sisa lebihan pokok seperti serpihan pelepah menghalang penyerapan baja secara terus kepada akar. Keberkesanan baja menjadi berkurangan akibat kehilangan baja.

TIPS

Bersihkan pangkal pokok sebelum pembajaan dilakukan. Dengan cara ini , baja ini akan diserap dengan lebih efektif.


POKOK SAWIT JANTAN

Pokok sawit jantan terjadi akibat tiada pendebungaan sempurna antara bunga jantan ( debunga) dan bunga betina ( tandan ). Pokok ini tidak mengeluarkan hasil.

TIPS

Nutrien BORON boleh membantu pembentukan bunga jantan dan bunga betina dengan baik. Nutrien ini boleh didapati dalam baja asas dan baja tambahan khas .

Baja Kelapa Sawit