Saturday 23 March 2013

PERBEZAAN BAJA BIO-ORGANIK DAN BAJA KIMIA


Perbezaan baja Bio-organik dan baja kimia:

Baja Bio-Organik
Baja Kimia
1
Mengandungi 8 mikroorganisma dan enzim aktif (membantu menghasilkan nutrien).
Kurang mikroorganisma dan enzim aktif.
2
Nutrien seimbang membantu melawan virus dan penyakit.
Nutrien tidak seimbang.
3
Dihasilkan mengunakan bahan semulajadi yang berkualiti dan mesra alam.
Dihasilkan menggunakan bahan kimia yang menjejaskan alam sekitar.
4
Nutrien dapat dikekalkan walaupun pada musim hujan.
Nutrien mudah hilang dibawa air terutamanya apabila musim hujan.
5
Tanah lebih subur pada PH 6-7, mencegah penyakit dan serangan serangga.
Tanah menjadi berasid dan mudah diserang serangga dan penyakit.
6
Baja membekalkan nutrien sehingga 70-100 hari.
Baja hanya membekalkan nutrien sehingga 20-50 hari.
7
Menjimatkan kos dan meningkatkan kuantiti hasil tanaman.
Kos tinggi dan mengurangkan hasil tanaman dalam jangka masa panjang.
8
Bebas toksik, tidak mempengaruhi kesuburan dan struktur tanah.
Mengandungi toksik yang mempengaruhi kesuburan dan struktur tanah.
9
Meningkatkan warna, rasa dan kualiti tanaman.
Menjejaskan warna, rasa dan kualiti tanaman.

REKOMENDASI SUKATAN PEMBAJAAN


Formula lebih hebat untuk peningkatan hasil yang lebih tinggi memerlukan pembajaan yang bersistematik dan konsisten mengikut sukatan yang dicadangkan. Pembajaan hendaklah dilakukan setiap 4 bulan.


TANAMAN KELAPA SAWIT
  • Umur 0-5 Tahun - 0.5-1 kg/pokok
  • Umur 5-15 Tahun - 1.5-2 kg/pokok
  • Umur 15 Tahun ke atas - 2.5 kg/pokok


TANAMAN GETAH
  • Setiap 1 bulan - 100kg/ekar

BAJA BIO-KIMIA REALSTRONG


MPOB F4


  • Dirumus khusus untuk kelapa sawit.
  • Nutrien kimia yang seimbang, dilitupi oleh bahan organik berasaskan tumbuhan dan mikrooorganisma.
  • Kombinai baja 3 dalam 1 yang lengkap dan mesra alam.
  • Formulasi yang diadaptasi hasil kerjasama penyelidikan diantara Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan ALL COSMOS INDUSTRIES SDN BHD.
REKOMENDASI PENGGUNAAN BAJA MPOB F4

Baja MPOB F4 disyorkan penggunaannya bagi setiap 4 bulan sekali untuk kelapa sawit berumur 1 hingga 15 tahun.

APLIKASI 1
  • Umur 1 Tahun - 0.5 kg/pokok
  • Umur 2 Tahun - 1.5 kg/pokok
  • Umur 3 Tahun - 2.2 kg/pokok
  • Umur 4 Tahun - 2.4 kg/pokok
  • Umur 5 Tahun & ke atas - 2.5 kg/pokok 
APLIKASI 2
  • Umur 1 Tahun - 1.0 kg/pokok
  • Umur 2 Tahun - 2.0 kg/pokok
  • Umur 3 Tahun - 2.2 kg/pokok
  • Umur 4 Tahun - 2.4 kg/pokok
  • Umur 5 Tahun & ke atas - 2.5 kg/pokok 
RealStrong MPOB F4 membantu sawit anda menyerap dan mendapat faedah daripada nutrien yang seimbang di dalam baja. Komposisi baja ini meningkatkan struktur dan kesuburan tanah dan penyakit berbahaya. Untuk hasil yang terbaik bertukarlah kepada baja Real Strong.

Sunday 17 March 2013

BAJA DAN KEPERLUAN UNTUK POKOK



FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGAMBILAN NUTRIEN OLEH POKOK SAWIT


1. Kaedah Penaburan
  • Manual iaitu samada di bulatan atau baris pelepah.

2. Masa Penaburan
  • Elakkan aplikasi baja pada musim panas berpanjangan atau musim hujan.

3. Kekerapan Penaburan
  • Bergantung kepada topografi ladang, jenis tanah, jumlah hujan tahunan, dan jenis baja.

4. Kadar Baja
  • Bergantung kepada umur pokok dan potensi hasil sesuatu kawasan.

5. Tempat Perletakan Baja
  • Bergantung kepada umur pokok dan topografi iaitu baja ditabur samada di bulatan, lorong pelepah atau teres

6. Kualiti Baja
  • Baja yang tidak berkualiti mempunyai kadar nutrien yang lebih rendah daripada yang sepatutnya dan jika tidak diambil perhatian menyebabkan pokok tidak mendapat zat nutrien yang cukup dan kerugian pada pihak ladang.
  • Dua komponen yang perlu diberi perhatian iaitu komposisi nutrien dalam baja dan peratusan kelembapan pada baja.
  • Oleh itu, setiap jenis baja yang diterima perlu disampel untuk analisa kedua-dua komponen berkenaan sebelum baja tersebut diaplikasi ke ladang

FAKTOR-FAKTOR KEHILANGAN NUTRIEN

1. Persediaan Awal Ladang Tidak Betul
  • Berlaku hakisan di ladang secara meluas menyebabkan kehilangan banyak tanah atas (topsoil)


2. Pemeruwapan (volatilisation)
  • Berlaku pada baja berunsur N seperti Urea. Boleh dikurangkan melalui:
          a) Aplikasi baja berunsur N (urea) pada bulan lembap
          b) Baja N yang ditabur ditutup dengan tanah (raking in).
          c) Aplikasi baja N dipecahkan kepada beberapa pusingan.


3. Larut resap (leaching)
  • Kerap berlaku pada kawasan tanah berpasir dan menerima hujan tinggi.
  • Unsur N, K dan Mg adalah nutrien utama yang boleh hilang melalui larut resap.
  • Kehilangan melalui larut resap boleh dikurangkan secara:
          a) Aplikasi sesuatu jenis baja dipecahkan kepada beberapa pusingan.
          b) Menabur rata baja pada kawasan akar aktif tanaman untuk meningkatkan kadar
               serapan.
          c) Mengelakkan pembajaan pada bulan-bulan yang hujan tinggi iaitu hujan melebihi
              250 mm per bulan atau bilangan hari hujan melebihi 15 hari per bulan.
          d) Sungkupan dengan tandan kosong untuk meningkatkan kandungan organik tanah.
          e) Meninggikan pH tanah berasid melalui pengapuran untuk meningkatkan kadar
              pertukaran kation (CEC).


4. Hakisan
  • Melibatkan kehilangan tanah atas dan zat nutrien yang terkandung bersamanya.
  • Kehilangan nutrien melalui hakisan dan air larian permukaan boleh dikurangkan secara:
          a) Aplikasi baja dibahagikan kepada beberapa pusingan.
          b) Kekalkan penutup bumi yang baik dalam ladang
          c) Penggunaan tandan kosong ataupun pelepah yang dicantas sebagai sungkupan
          d) Pembinaan teres dan tapak tanaman yang baik pada kawasan berbukit.
          e) Penggunaan ban (soil bund) ataupun 'silt pit' untuk memperlahan dan memerangkap                                
              aliran air pada kawasan teres

5. Zat Nutrien Diikat Oleh Tanah (Fixation)

Contohnya:
a) Nitrogen (N) diikat oleh tumbuhan kekacang ataupun mikrob untuk proses pereputan bahan organik.
b) Fosforus (P) diikat oleh tanah yang kaya dengan unsur Fe dan Al.




PROSES PENINGKATAN INI BOLEH DAN AKAN DIKURANGKAN APABILA:
  • Bahan organik telah terurai sepenuhnya dan unsur N dibebaskan secara mineralisasi.
  • Aplikasi baja fosforus (P) secara jalur (band application), di atas pelepah ataupun di luarbulatan pokok iaitu kawasan akar aktif untuk mengurangkan sentuhan baja dengan tanah.
  • Melakukan pengapuran pada tanah pH rendah.
  • Sungkupan permukaan tanah dengan pelepah yang dicantas ataupun tandan kosong.


KESIMPULAN
  • Peningkatan penghasilan BTS bergantung kepada beberapa faktor seperti tanah, pembajaan, cuaca (hujan, suhu, cahaya), amalan agronomi dan tahap pengurusan ladang.
  • Oleh kerana baja merupakan komponen kos yang tinggi dalam operasi perladangan sawit, kualiti baja dan keberkesanan pembajaan janganlah dipandang ringan oleh pihak pengurusan.
  • Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pembajaan adalah:
    1.  Kaedah membaja
    2. Masa penaburan
    3. Kadar pembajaan
    4. Persaingan rumpai
    5. Bilangan dirian pokok f) Serangan perosak & penyakit

PEMBAJAAN KELAPA SAWIT

PENDAHULUAN

Pembajaan merupakan komponen kos penanaman yang paling tinggi (50-60%) dalam sesuatu operasi ladang. Banyak ladang yang telah berjaya meningkatkan hasil melalui kualiti pembajaan yang baik. Namun begitu tidak kurang juga ladang-ladang yang telah membelanjakan wang yang banyak untuk jenis baja yang difikirkan terbaik, kerja percontohan daun/tanah serta analisis dan mengubahsuai kadar baja yang ditabur tetapi tidak memanfaatkan usaha-usaha ini disebabkan kelalaian dan penyeliaan yang tidak sempurna atau menyeluruh di ladang



KESALAHAN-KESALAHAN YANG SERING DITEMUI DI LADANG

  • Kaedah penaburan baja tidak betul. Baja tidak ditabur rata tetapi bertompok-tompok dalam bulatan pokok. Ini boleh menyebabkan kerosakan pada akar tanaman dan mengundang kepada kehilangan baja melalui air larian permukaan dan larut resap
  • Masa pembajaan tidak betul iaitu dilakukan pada musim kering ataupun musim hujan.
  • Kadar baja tidak mencukupi terutama pada kawasan tanaman muda dan yang berpotensi untuk mengeluarkan hasil tinggi akibat daripada penyeliaan yang tidak sempurna.
  • Ketidakseimbangan baja yang ditabur iaitu jenis baja ditabur tidak mengikut keperluan pokok.
  • Salah tempat perletakan baja.
  • Kesuburan pokok diatasi secara mudah iaitu dengan meningkatkan kadar baja berbanding dengan untuk memperbaiki sifat fizikal atau saliran tanah terlebih dahulu.
  • Pelepah pokok sawit yang belum matang kerap kali dicantas secara berlebihan menyebabkan baja yang ditabur banyak tertumpu untuk pembentukan vegetatif pokok berbanding untuk pembentukan bahagian reproduktif seperti bunga dan tandan buah.

KEPERLUAN ZAT NUTRIEN PADA POKOK SAWIT

A. Nutrien Utama

1. Nitrogen (N)
  • Penting dalam pembentukan klorofil, protin dan beberapa enzim dalam tumbuhan.
  • Memberi kesan terhadap luas permukaan daun, warna daun dan kadar penghasilan daun.
  • Kekurangan N amat nyata pada pokok sawit muda yang ditanam pada kawasan berprofil cetek, berpasir ataupun tanah yang tidak bersaliran baik. Sumber baja N contohnya ammonium sulfat (21%N), urea (46%N), dan ammonium nitrate (34%N).

2.  Fosforus (P)

  • Kekurangan P boleh menyebabkan pertumbuhan palma terbantut, pelepah pendek, ukur lilit batang dan saiz tandan kecil.
  • Bagaimanapun, kandungan P secara berlebihan dalam palma boleh menindas pengambilan kuprum (Cu) dan zink (Zn).
  • Sumber baja fosforus contohnya CIRP (35% P2O5), TSP (46% P2O5) dan Gafsa (29% P2O5)

3. Kalium (K)

  • Kandungan K yang cukup boleh meningkatkan ketahanan pokok sawit terhadap serangan penyakit dan musim kemarau serta boleh meningkatkan bilangan dan saiz tandan.
  • Kekurangan K pada palma kerap berlaku pada tanah berpasir dan gambut. Tanda-tanda kekurangan K adalah bintik-bintik oren (orange spotting) pada daun dan dalam keadaan teruk hujung daun menjadi kering.
  • Kandungan K yang berlebihan dalam palma boleh menjejaskan kandungan minyak dalam tandan,merendahkan kandungan boron (B) dan magnesium (Mg) dalam palma. Sumber K adalah seperti MOP (60% K2O) dan abu tandan (bunch ash) (30-40% K2O).

4. Magnesium (Mg)

  • Magnesium adalah elemen utama dalam klorofil dan sangat penting untuk kecekapan fotosintesis.Selain itu ia juga berperanan untuk metabolisma fosfat, respirasi tumbuhan dan pengaktifan enzim.
  • Kekurangan Mg kerap berlaku pada tanah berpasir dan sangat berasid.
  • Daun pada pelepah tua yang terdedah pada matahari akan menjadi kuning/oren bermula pada tepi lai daun. Dalam keadaan teruk hujung dan keseluruhan pelepah bawah akan berwarna kuning/oren dan menjadi kering.
  • Kandungan K dan Ca yang tinggi dalam tanah boleh menjejaskan pengambilan Mg oleh palma.
  • Sumber Mg adalah seperti Kieserite (27% MgO) dan GML (18-20% MgO).

5. Kalsium (Ca)

  • Keperluan Ca tidak begitu ketara pada tanaman sawit. Keperluan Ca oleh pokok sawit dapat dipenuhi secara tidak langsung dengan pemberian baja fosfat (RP) dan kapur (GML) kerana kedua-duanya mengandungi Ca.
  • Hanya diperlukan pada tanah berasid dan gambut untuk mengurangkan keasidan tanah dan seterusnya meningkat penyerapan nutrien lain seperti N, P dan unsur mikro oleh palma.
  • Sumber: GML (18 – 20% MgO)

B. Mikro Nutrien

1. Boron (B)

  • Kekurangan boron menyebabkan rupabentuk daun tidak normal seperti daun bercangkuk (hooked leaf), daun kerinting (crinkled leaf), daun pelepah kecil, daun berbentuk tulang ikan (fish-bone leaf) dan cacat hujung daun (blind leaf).
  • Keperluan B pada palma meningkat apabila pendebungaan sawit bertambah baik dengan bantuan agen pendebungaan seperti Elaeidobius kamerunicus.
  • Kekurangan B juga berkaitan dengan kandungan N, K dan Ca yang tinggi dan tidak seimbang pada pokok sawit.
  • Sumber B: Pelbagai sumber sodium borate seperti HGFB (46-48% B2O3)

2.  Kuprum (Cu)
  • Kekurangan Cu berlaku pada pokok sawit yang ditanam pada tanah gambut atau sangat berpasir.
  • Gejala yang teruk menyebabkan pucuk/daun pelepah muda menjadi pendek, kuning dan akhirnya kering.
  • Juga dikenali sebagai 'mid-crown chlorosis'.
  • Sumber Cu adalah seperti kuprum sulfat.

3.  Zink (Zn)

  • Kekurangan Zn kerap berlaku pada tanah gambut dan boleh menjejaskan pembentukan vegetatif dan reproduktif palma. Daun pelepah bawah kekuningan dan dikenali sebagai 'peat yellow'.
  • Sumber Zn adalah seperti zink sulfat

Saturday 16 March 2013

KEBUN PAK MAEL

Baru Tanam bulan Jan 2013

Pak Mael menggunakan Baja Biotech Compound untuk baja lubang. Pak Mael membiarkan baja berkenan kena hujan 2-3 kali sebelum menanam pokok kelapa sawit. Kita tengok hasilnya pokok cepat mengeluarkan pucuk baru kerana akar cepat menerima sumber nutrisi yang lengkap.

PEMBEKAL BAJA MPOB F4


Kenapa anda mesti memilih MPOB F4?? Ia mempunyai kriteria baja kimia, baja organik dan juga zeolite.

Apa kelebihan Baja MPOB F4 ini??
  • Ia membekalkan peratusan nutrien-nutrien yang seimbang iaitu N_P_K (9-6-18) serta Mg (2.0) dan B (0.5) untuk pokok sawit menghasilkan buah yang banyak. 
  • Ia juga mengandungi mineral zeolite dan bahan organik yang meningkatkan CEC (Cation Exchange Capacity) dan juga membekalkan nutrien-nutrien lain seperti kalsium, silika dan lain-lain nutrien mikro untuk pertumbuhan pokok yang sihat.
  • Adanya mineral zeolite ini dapat membantu nutrien bertahan lebih lama dikawasan perakaran pokok kerana peningkatan CEC tanah berupaya mengawal pelepasan nutrien-nutrien seiring dengan keperluan nutrien-nutrien pokok. 
  • Bahan organik yang terdapat di dalam MPOB F4 berupaya untuk menarik kehadiran mikro-organisma yang efektif untuk menyuburkan tanah. Dengan itu, perkembangan sistem akar akan lebih baik dan nutrien-nutrien yang diperlukan dapat diserap dengan lebih efektif, efisen dan lebih mesra alam. 
  • Baja MPOB F4 mempunyai sifat spesifik yang sesuai digunakan di tanah teres kawasan berbukit yang kandungan organik tanahnya rendah dan juga jenis-jenis tanah bermasalah seperti tanah lateratik, tanah liat dan tanah berpasir.



Berat : 25 kg

GOLDEN RENGAT ENTERPRISE

6662 Kampung Chengkuak Damak, 
27030 Jerantut,
Pahang Darul Makmur.

 Mael : 019-6549476





goldenrengat@gmail.com


PEMBEKAL BAJA BIOTECH COMPOUND

Baja Biotech Compound Gunung Berapi PK Plus
Formula lebih hebat untuk peningkatan hasil yang lebih tinggi. Rumusan formula secara bioteknologi yang lebih hebat dan lengkap dengan penggabungan makro dan mikronutrien dan unsur-unsur penyuburan tanah, akar dan pokok untuk lebih menyuburkan tanaman serta memaksimakan ketahanan serta pengeluaran hasil tanaman. Gabungan formula lengkap ini dikenali sebagai "BAJA BIOTECH COMPOUND"


KEBAIKAN BAJA BIOTECH COMPOUND DALAM PERTANIAN:
  • Lebih menggalakkan pengeluaran bunga dan buah.
  • Lebih meningkatkan rintangan daripada serangga dan penyakit.
  • Memberatkan hasil pengeluaran tanaman.
  • Meningkatkan kualiti hasil tanaman.
  • Mempunyai kadar pelepasan baja secara "slow release"
  • Menyediakan nutrisi kepada tanaman secara pintar.
  • Merawat tanah masam dan meningkat pengudaraan tanah.
  • Mengekalkan pH tanah secara cepat dan berpanjangan.



FUNGSI-FUNGSI BAJA BIOTECH COMPOUND
  • Menggalakkan pengeluaran buah.
  • Meningkatkan Daya Tahan Pokok.
  • Mengandungi Nutrien Mikro dan Makro.
  • Meningkatkan Pengudaraan dan Kelembapan Tanah.
  • Menggalakkan aktiviti mikroorganisma tanah.
  • Mengefisienkan Penyerapan Nutrien oleh Tanaman.
  • Menggalakkan Pertumbuhan Akar Baru.
  • Menyuburkan dan Memulihkan Tanah Mati.
  • Meneutralkan Tanah Asid dan Masam.
  • Meningkatkan Keupayaan Tanah memegang Baja dan Nutrisi.
  • Memberatkan dan memaniskan Hasil Tanaman.
  • Meningkantkan Kualiti Hasil Pengeluaran.



Berat : 25 kg