Monday 30 December 2013

BAJA KELAPA SAWIT

Pihak syarikat akan cuba membekalkan baja yang berkualiti untuk meningkatkan hasil tanaman berdasarkan permintaan pelanggan. Hasil sokongan daripada pelanggan, kini pihak syarikat dapat membekalkan pelbagai jenis baja kelapa sawit sesuai dengan keperluan pokok.

Berat Bersih : 50 kg
Baja KIESER BOR dirumuskan khas untuk merawat pokok yang bermasalah seperti daun kuning, patah pucuk, masalah ulat. Baja ini dalam bentuk debu.

Berat Bersih : 50 kg
 Baja Hi-Kay Plus dirumus dengan kandungan NPK (13/6/27/4+0.65%B sesuai untuk pokok sawit yang telah berbuah. Baja ini khas untuk meningkatkan hasil kerana mengandungi kandungan yang cukup untuk keperluan pokok. Dalam erti kata lain baja ini khas untuk buah. 

Berat Bersih : 50 kg
Baja MOP juga sering digunakan terutamanya untuk pokok kelapa sawit. Baja tunggal ini mempunyai kandungan 60% K2O. Baja MOP mempunyai kandungan zat makanan yang tinggi dan harga yang lebih rendah berbanding dengan baja sebatian.

  Contohnya, AN mengandungi 34% N, 29% P2O5 dalam RP,  60%K2O dalam MOP dan 27% MgO dalam Kieserite berbanding hanya  12%N, 6%P2O5, 22% K2O dan 3% MgO dalam baja sebatian (12:6:22:3).

Tuesday 24 December 2013

BAJA KELAPA SAWIT

Secara amnya baja kimia terbahagi kepada dua sumber utama.  Baja yang diperolehi daripada sumber semulajadi iaitu melalui perlombongan dan juga baja sintetik iaitu baja buatan di kilang. Baja-baja ini kemudiannya dibahagikan kepada  3 jenis utama iaitu:-

BAJA TUNGGAL

Baja yang mengandungi satu atau dua zat makanan perlu sahaja.  Baja ini adalah tidak lengkap kerana tidak terdapat zat-zat makanan perlu yang lain contohnya baja lurus jenis Muriate Of Potash (MOP), baja ini  hanya mengandungi zat makanan 60%K2O atau Kalium sahaja, manakala  Rock Phosphate pula mengandungi 29% P2O5 atau Phosphate dan Kalsium sahaja.  Kebiasaannya 4-5 jenis baja lurus diperlukan bagi melengkapkan keperluan pemakanan kelapa sawit.
Baja MOP

Kelebihan baja tunggal ialah kandungan zat makanan yang tinggi dan harga yang lebih rendah.  Contohnya, AN mengandungi 34% N, 29% P2O5 dalam RP,  60%K2O dalam MOP dan 27% MgO dalam Kieserite berbanding hanya  12%N, 6%P2O5, 22% K2O dan 3% MgO dalam baja sebatian (12:6:22:3).

Kelemahannya pula ialah keperluan bagi kekerapan aplikasi baja yang tinggi dan potensi segregasi dan antagonistik yang boleh berlaku apabila selang hari aplikasi untuk  baja MOP dan Kieserite terlalu singkat atau kurang daripada 2 minggu.  Hal ini akan meningkatkan risiko kehilangan baja kerana akar  hanya akan mengambil satu zat makanan sahaja, kebiasaanya hanya zat makanan Kalium dan meninggalkan zat makanan Magnesium  yang kemudiannya akan hilang melalui larut resap.  Segregasi pula boleh berlaku apabila baja berasid seperti Ammonium Nitrate diaplikasikan bersama baja beralkali seperti Rock Phosphate.

Baja jenis ini tidak popular dikalangan pekebun kecil kerana aplikasinya agak cerewet dan memerlukan pengetahuan agronomi untuk memprogramkan kadar rekomendasi yang sesuai dan seimbang dengan keperluan pokok kelapa sawit.

Lain pula dengan syarikat perladangan besar, baja tunggal adalah biasa digunakan diladang-ladang mereka.  Ini adalah kerana harganya yang lebih murah dan kandungan zat makanan yang tinggi.   Tambahan pula syarikat perladangan besar kebiasaanya mempunyai jabatan atau unit agronominya sendiri yang boleh membuat rekomendasi baja yang lebih tepat dan seimbang.

BAJA CAMPURAN

Baja campuran adalah baja yang dicampur diantara 2 atau lebih baja tunggal.  Proses percampuran baja adalah hanya melibatkan percampuran secara terus atau secara fizikal tanpa melibatkan proses pemanasan dan kimia.  Proses campuran adalah berdasarkan nisbah-nisbah tertentu dan boleh dilakukan secara skala kecil dengan menggunakan cangkul atau mesin campur simen atau juga secara berskala besar di kilang-kilang baja.  Walaubagaimanapun  tidak semua jenis baja tunggal boleh dicampurkan diantara satu sama lain kerana tidak sesuai disebabkan ciri-ciri antoginistik dan segregasi sebagaimana yang telah diterangkan diatas.

Kelebihan baja ini adalah menjimatkan masa aplikasi kerana 2 atau lebih jenis baja tunggal dapat diaplikasikan serentak.  Baja ini juga adalah lebih murah berbanding baja sebatian akan tetapi lebih mahal berbanding baja tunggal.

Kelemahannya ialah tidak semua baja tunggal boleh dicampur dan zat makanan dalam baja campuran terdedah kepada risiko ketidakseragaman dan luar daripada spesifikasi peratusan zat makanan.  Contohnya, dalam satu beg baja campuran dengan spesifikasi nisbah 30%MOP dan 17%AN mempunyai potensi yang tinggi untuk mempunyai kadar nisbah yang berlainan seperti 25%MOP dan 20%AN.  Implikasi luar spesifikasi akan mempengaruhi ketepatan kadar baja yang telah direkomendasikan yang berdasarkan kepada spesifikasi yang diberikan oleh pihak pengilang.

BAJA SEBATIAN

Baja sebatian adalah sejenis baja campuran yang melalui proses campuran fizikal, kimia, pemanasan, penyejukan dan pengranularan.

Kelebihan baja sebatian ialah mudah digunakan.  Baja jenis ini dapat membekalkan zat-zat makanan yang hampir lengkap kepada pokok kelapa sawit.  Baja sebatian yang popular adalah dari jenis sebatian 44.  Kadungan zat makanan adalah hampir lengkap iaitu (12%N):(6%P2O5):(22%K2O)(3%MgO)

Kelemahannya pula ialah harganya lebih mahal berbanding baja lurus dan campuran.  Zat makanan nitrogen pula terdedah kepada risiko pemeluapan (kehilangan N ke udara) lebih-lebih lagi bila baja ditabur pada musim panas.  Ini adalah kerana kebanyakkan baja sebatian menggunakan Urea sebagai sumber zat makanan nitrogen didalam baja sebatian mereka.

Ada sesetangah baja sebatian yang tidak berkualiti.  Harga baja sebatian yang tidak berkualiti agak murah sedikit, namun risiko kehilangan zat makanan adalah tinggi dengan menggunakan baja-baja yang murah.  Risiko yang pertama ialah peratusan zat unsur makanan kurang daripada apa yang dinyatakan atau tidak memenuhi spesifikasi.

Keduanya, menggunakan granular yang tidak berkualiti.  Kebiasaannya, granular yang tidak berkualiti akan lambat larut selepas ditabur.  Kadangkala, granular tersebut masih kelihatan diatas tanah walaupun setelah 3 bulan ditabur.  Keadaan ini boleh meningkatkan kehilangan zat makanan melalui air larian apabila hujan lebat.

Sememangnya diakui sebahagian zat makanan telah dilepaskan daripada granularnya.  Namun persoalan yang timbul ialah berapa peratus yang telah dilepaskan dan berapa lama masa yang perlu diambil untuk 100% zat makanan dilepaskan? Sekiranya, ia mengambil masa sehingga 2-3 bulan, maka risiko untuk hujan lebat dalam jangkamasa ini adalah tinggi yang juga akan membasuh kesemua granular-granular bersama dengan zat makanan yang masih berbaki.

Pada pandangan saya adalah lebih baik kita mencuba beberapa jenis baja dahulu dengan kadar yang sedikit dan lihat keberkesanannya.  Ekperimen mudah ialah dengan menabur baja-baja sebatian didalm polibeg nurseri dan disiram setiap hari.    Bagi menjimatkan masa, beli beberapa jenis baja sebatian dalam bungkusan kecil dan jalankan ekperimen anda secara serentak.

Bagi mendapatkan keputusan yang agak tepat, anda boleh menyediakan replikasi iaitu satu jenis baja sebatian ditaburkan kepada sekurang-kurangnya 5 polibeg.  Sekiranya anda ingin menguji 3 jenis baja sebatian, maka anda perlukan 15 polibeg yang mana setiap satu jenis baja akan ditaburkan kepada 5 polibeg.

Lihat berapa lama masa yang diperlukan untuk granular larut.  Bandingkan ketiga-tiga jenis baja sebatian yang telah diuji.  Pilih baja yang menunjukkan kadar perlarutan yang paling cepat.  Mungkin aka nada polibeg yang lambat larut untuk satu-satu jenis baja sebatian.  Untuk ini, anda perlu ambil purata bagi setiap polibeg yang menunjukkan kadar larutan yang cepat.  Bandingkan purata bagi setiap jenis baja sebatian tersebut dan pilih purata yang terbanyak.

Walaubagaimanapun, jalan yang terbaik ialah pilih baja sebatian yang berjenama sperti CCM, YaraMilla, FPM, MPOB F1 dan Benh Mayer.  Walaupun harganya agak mahal sedikit namun kualitinya agak terjamin.


Pembajaan adalah satu pelaburan yang menjamin kelangsungan hasil ladang anda.

SUMBER:

Tuesday 17 December 2013

BAJA GUNUNG BERAPI (BAKAM SUCI ORI)

BUAT MASA SEKARANG TIADA STOK UNTUK BAJA BIOTECH COMPOUND

READY STOK UNTUK
BAJA GUNUNG BERAPI (BAKAM SUCI ORI)


Baja Gunung Berapi (Bakam Suci Ori)

APA ITU BAJA GUNUNG BERAPI 
(Baja Organik Bakam Suci Ori)?


BAJA GUNUNG BERAPI (Bakam Suci Ori) atau nama saintifiknya ZEOLITE CLINOPTILOLITE adalah merupakan unsur ORGANIK DAN MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati. Ianya mengandungi (SILIKA (ALUMINASILICATE) yang tinggi di mana ianya mampu menigkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman. 

Di samping itu, bentuk atom (honeycomb structure) yang terbentuk dalam baja ini dapat mengimbangi pengudaraan dan pengairan tanah. Ianya juga berfungsi sebagai agen rawatan tanah di mana BAJA GUNUNG BERAPI ini membetulkan tahap pH tanah masam (pH 3.0-5.0) kepada tahap pH tanah subur (pH 6.0-7.0). 

Ianya juga mengandungi Unsur Asas Baja Makro Nutrien dan Mikro Nutrien iaitu untuk penyuburan pokok, daun bagi menggalakkan pertumbuhan akar dan untuk penyuburan bunga dan buah. BAJA GUNUNG BERAPI adalah produk organik semulajadi yang mana ianya tidak memudaratkan kepada manusia dan binatang dan juga tidak akan menyebabkan keracunan di dalam tanah.

Wednesday 6 November 2013

BAJA ORGANIK BERPROSES (TAHI AYAM)

Baja Organik Berproses ( Tahi Ayam ) Berat: 40 kg/perbeg

Baja tahi ayam atau tinja ayam adalah baja Pilihan Terbaik, Termurah dan Disyorkan kepada petani.

Baja Organik (Chicken Manure) sangat popular dikalangan pengusaha nursery, penanam sayur komersil terutama untuk sayuran daun, sayuran buah, tanaman buah-buahan (Betik, Pisang, Kelapa Sawit dan lain-lain).

Sangat sesuai untuk pokok kelapa sawit yang baru ditanam.

Baja tahi ayam kaya dengan kandungan Nitrogen (N) dan Posforan (P) dan Kalsium (K). Baja ini merupakan sejenis baja yang "Slow Release" iaitu tahap pengambilan nutrien yang lambat di dalam tanah. 

Baja Tahi Ayam yang diproses dalam bentuk palet.
Kelebihan Baja Tahi Ayam:
  • Menggemburkan tanah.
  • Memberikan kelembapan kepada tanah.
  • Mengekalkan kesuburan tanah.
  • Memperbaiki pH tanah.
  • Memperbaiki tekstur tanah dan sebagainya.

BAJA TAHI AYAM PROSES lebih mendapat sambutan walaupun harganya lebih mahal daripada harga tahi ayam fresh. Tahi ayam yang diproses dengan mengeringkannya dan diperkaya dengan kandungan NPK, dapat mengurangkan bau yang kurang menyenangkan, mengandungi  serta bahan Mikroorganisma Berfaedah.

Kelebihan Baja Tahi Ayam Proses ialah:
  • Kesan yang cepat terhadap tanaman.
  • Kurang bau.
  • Mengandungi baja tambahan NPK yang seimbang.
  • Mudah untuk disimpan di dalam stor.
  • Mudah untuk diangkut.

BAJA TAHI AYAM DIPROSES, MUDAH DAN SENANG...
HASIL BERKUALI, PASTI PUAS HATI...

Tuesday 29 October 2013

KEKACANG PENUTUP BUMI



Tanaman kekacang penutup bumi atau 'Cover Crops' merupakan tanaman yang ditaman bertujuan untuk menutup permukaan tanah.  Tanaman kekacang penutup bumi banyak digunakan oleh pemilik ladang kelapa sawit dan ladang getah. Penanaman kekacang penutup bumi sangat penting bagi mengurangkan:


1.    Kesan hakisan tanah ( terutamanya tanah yang berbukit dan bercerun).

Tanaman kekacang penutup bumi berfungsi melindungi tanah daripada tamparan hujan lebat dan dapat mengelakkan berlakunya hakisan tanah terutamanya di kawasan tanah bercuram.

2.    Menambah unsur nutrien dalam tanah (terutamanya Nitrojan).

Tanaman kekacang penutup bumi yang reput akan menjadi baja atau bahan organik yang boleh meningkatkan kesuburan tanah. Bagi ladang getah dan ladang kelapa sawit tanaman kekacang penutup bumi jenis kekacang dapat membantu mengikat unsur nitrojan dari udara dan seterusnya menjimatkan jaba unsur nitrojan yang perlu digunakan.

3.    Memelihara kelembapan tanah
      
Tanaman kekacang penutup bumi yang ditanam dapat melindungi permukaan tanah daripada terdedah kepada cahaya matahari yang akan menyebabkan berlaku proses pengeringan air dalam tanah akibat suhu tanah dan mengurangkan kelembapan tanah.

4.    Mengurangkan masalah jangkitan penyakit

Kajian juga menunjukkan tanaman penutup bumi dapat mengurangkan masalah jangkitan penyakit akar pada pokok getah. Tanaman kekacang penutup bumi juga berfungsi dalam menggalakkan pertumbuhan akar rerambut pada tanaman.



Kos penghataran menggunakan pos laju:


Wednesday 23 October 2013

BAJA BUAH UNTUK KELAPA SAWIT

Stok baja sebatian NPK (8:8:20)
Baja Sebatian NPK MBI ( 8:8:20 ) dirumus khas untuk menggalakkan pengeluarkan buah kelapa sawit.


Kerja-kerja menurunkan baja daripada lori ke tempat penyimpanan. Bagi memenuhi permintaan pekebun-pekebun kelapa sawit di kawasan sekitar, syarikat telah memesan dalam kuantiti yang banyak. Harga yang ditawarkan amat berpatutan.


Baja Sebatian NPK MBI dibungkus 25kg perbeg untuk memudahkan pekebun mengangkat sendiri menggunakan motosikal dan sebagainya. Pihak kami menyedari akan kemampuan pekebun untuk mengangkat baja jika dibungkus dalam 50 kg. Ini kerana boleh dikatakan rata-rata pekebun terdiri daripada warga emas.


Terima kasih kepada pembekal baja MBI kerana sudi menghantar bekalan nun jauh di pendalaman Pahang.

RAHSIA POKOK CANTIK BUAH LEBAT


Pokok sawit ini merupakan milik salah seorang pelanggan baja dari syarikat kami. Pengurusan ladang yang sangat bagus. Pemilik kebun ini banyak menghabiskan masa di kebun miliknya seluas 4 ekar. Boleh dikatakan 100% kerja kebun dilakukan sendiri.


Pihak kami dimaklumkan oleh pemilik kebun, dia akan membaja setiap bulan dengan kuantiti baja 1 kg/perpokok. Ini bermakna setahun pokok sawit berkenaan memerlukan 12 kg baja.


Pihak kami berasa amat bangga kerana ada kebun milik orang melayu yang diurus dengan baik tanpa bantuan daripada mana-mana pihak. Semuanya hasil titik peluh sendiri. Tahniah dan syabas kepada Pok Mat Lima. Semoga usahanya boleh menjadi contoh kepada pekebun muda yang baru berjinak-jinak dalam bidang pertanian.


Pihak kami akan sentiasa memberi perkhidmatan terbaik dengan membekalkan baja yang berkualiti untuk peningkatan hasil tanaman pekebun kecil. 

Rasanya kami masih baru dalam perniagaan membekalkan baja. Tetapi pihak kami mendapat respon yang baik daripada pekebun-pekebun yang telah menggunakan baja yang dibekalkan. Terima kasih kepada pekebun-pekebun di sekitar kawasan operasi kerana memberi kepercayaan dan sokongan kepada syarikat Golden Rengat Enterprise.

KEPUASAN PELANGGAN, KEUTAMAAN KAMI

Friday 30 August 2013

PEMBEKAL BAJA SEBATIAN NPK CAP MBI

Baja Sebatian NPK Cap MBI  dirumuskan khas bagi pokok buah-buahan, terutama kelapa sawit bagi meningkatkan hasil (amat sesuai bagi pokok sawit berumur 5 tahun ke atas utk menggalakkan pengeluaran hasil).

Meningkatkan saiz buah (kelapa sawit) dan kemanisan (buah-buahan) bagi penggunaan peringkat awal pembentukan buah. 

Nisbah K yang tinggi iaitu MURIATE of POTASH(MOP) yang berfungsi sebagai ejen utama bagi meningkatkan hasil dan keseimbangan N dan P membantu dalam proses keseimbangan pengeluaran hasil pokok. 

Diformulasikan untuk penyerapan oleh tumbuhan yang lebih mudah Dan seimbang bagi mendapatkan hasil yang maksima.

BAJA SEBATIAN (Compound Fertilizer) merupakan satu keperluan asas untuk diberikan kepada tanaman dalam menghasilkan pengeluaran hasil lebih tinggi dan berkualiti. Di pasaran, nama baja ini juga disebut sebagai Baja Butiran atau Baja Campuran kerana ianya mengandungi bahan asa utama NPK iaitu Nitrogen (N), Posforan (P) dan Kaliam (K) serta bahan unsur lain yang digaul didalamnya.

Baja Sebatian NPK 8:8:20 Cap MBI
Sedia memenuhi permintaan pekebun kecil.
Baja Sebatian NPK 8:8:20 Cap MBI



Rekomendasi umum ini adalah sebagai panduan, bergantung kepada umur tanaman, status nutrien tanah, keadaan cuaca dan amalan pengurusan ladang.

Tanaman kelapa sawit memerlukan antara 2.5 kg - 3 kg/pokok. Disyorkan untuk pokok sawit yang berumur 15 tahun ke atas.

PEMBEKAL BAJA SEBATIAN NPK (BUAH)


Baja NPK dalam bentuk butiran.

Baja Sebatian NPK untuk buah.

Pembungkusan 25 kg untuk memudahkan pekebun.

Thursday 11 July 2013

KEKERAPAN MEMBAJA DALAM SETAHUN

Baja MPOB f4
Kekerapan membaja, pemilihan baja dan amalan pengurusan ladang memain peranan penting dalam meningkatkan hasil tanaman. Pekebun boleh buat perancangan untuk pembajaan setahun berdasarkan panduan yang kami sediakan. 

ANGGARAN KOS PEMBAJAAN KELAPA SAWIT


Kebanyakkan pekebun kecil mempunyai keluasan tanah 6 ekar. Jadi elok kiranya kami membuat anggaran untuk keluasan berkenaan. Sekiranya lebih, pekebun boleh darab sendiri mengikut bilangan pokok sawit yang pekebun miliki. Mudah kan.



Maklumat Ringkas:

Pokok Sawit  : 55 pokok/perekar
Baja   : 25 kg/perbag
Harga : RM 45.00


PILIHAN 1 : AMALAN PEMBAJAAN TERBAIK, 4 KALI SETAHUN

Bilangan Pokok  :  6 Ekar x 55 pokok = 330 pokok
Kuantiti baja  : 330 pokok x 2.5 kg/perpokok  = 825 kg ( 33 beg )
Kos baja  :  33 beg x RM45 = RM 1485.00 sekali tabur.

KOS PEMBAJAAN SETAHUN : 4 X RM 1485 = RM 5940.00



PILIHAN 2 : AMALAN PEMBAJAAN BAIK, 3 KALI SETAHUN

Bilangan Pokok  :  6 Ekar x 55 pokok = 330 pokok
Kuantiti baja  : 330 pokok x 2.5 kg/perpokok  = 825 kg ( 33 beg )
Kos baja  :  33 beg x RM45 = RM 1485.00 sekali tabur.

KOS PEMBAJAAN SETAHUN : 3 X RM 1485 = RM 4455.00



PILIHAN 3 : AMALAN PEMBAJAAN MEMUASKAN, 2 KALI SETAHUN

Bilangan Pokok  :  6 Ekar x 55 pokok = 330 pokok
Kuantiti baja  : 330 pokok x 2.5 kg/perpokok  = 825 kg ( 33 beg )
Kos baja  :  33 beg x RM45 = RM 1485.00 sekali tabur.

KOS PEMBAJAAN SETAHUN : 2 X RM 1485 = RM 2970 .00


SEMUANYA BERGANTUNG KEPADA ANDA UNTUK MEMBUAT PILIHAN. SELALUNYA YANG TERBAIK MENJADI PILIHAN UNTUK HASIL YANG TERBAIK.

Sunday 7 July 2013

BAJA MPOB F4 TERBUKTI BERKUALITI

Syarikat kami akan berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik terutamanya dalam membekalkan baja yang berkualiti kepada pekebun. Stok baja MPOB f4 baru sahaja tiba beberapa hari yang lepas dari Pasir Gudang. 

Kepada pekebun yang tercari-cari di mana untuk mendapatkan baja berkenaan boleh terus berhubung dengan kami untuk pembajaan akan datang. 

Baja MPOB f4 dibungkus dengan berat bersih 25kg. 

Pemilihan baja, kekerapan membaja dan cara pembajaan merupakan faktor yang perlu diambil kira untuk memastikan pengeluaran hasil yang menggalakkan.

Baja MPOB f4 ini diharap dapat membantu pekebun kecil mendapatkan baja yang betul dengan harga yang berpatutan. Penggunaan baja MPOB f4 dapat mengurangkan perbelanjaan penanam sawit dan sekali gus memberi pulangan yang lebih kepada mereka. 

Dengan baja MPOB f4 juga, penaman sawit bukan saja dapat mengurangkan kos pembajaan sebaliknya berupaya meningkatkan produktiviti hasil buah tandah segar (BTS) kebun mereka.

Baja MPOB f4 terbukit berkualiti
Kerja-kerja menyusun baja... tauke kecil tak pernah terkecuali.
Ready stok dari kilang di Pasir Gudang.

Baja sampai malam... kerja-kerja penurunan baja terpaksa jugak dilakukan.

Memenuhi permintaan pekebun... tanpa mengenal waktu.

Stok MPOB f4 dan Biotech Compound

KEPUASAN PELANGGAN ADALAH KEUTAMAAN KAMI


KEBERKESANAN BAJA MPOB F4

Baja MPOB f4

KEADAAN bentuk muka bumi di Malaysia yang berbukit bukau di samping mempunyai pelbagai jenis tanah bermasalah dengan kadar hujan tidak menentu menjadikan hasil sawit yang ditanam di kawasan berkenaan juga berkurangan.


Ketidaksuburan tanah berkenaan adalah disebabkan oleh kandungan nutriennya yang rendah, manakala penggunaan baja kimia yang digunakan sebelum ini membabitkan kos yang tinggi.

Dalam menghadapi masalah ketidaksuburan itu, keperluan menghasilkan baja yang bersesuaian adalah sangat penting dan hasil kajian penyelidik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mendapati bahawa baja yang mengandungi nutrien tinggi adalah langkah yang perlu diambil.

Sehubungan itu, MPOB menjalankan satu formulasi dengan menghasilkan baja MPOB F4 iaitu baja campuran organik yang terbukti berkesan terutama dalam aktiviti penanaman kelapa sawit.

Keberkesanan MPOB F4 adalah berasaskan kepada keputusan percubaan penggunaan baja kelapa sawit MPOB yang diselia oleh MPOB selama lima tahun serta kajian insentif berhubung keperluan nutrien kelapa sawit yang tepat selama 20 tahun.

Baja MPOB F4 dihasilkan dengan formulasi 9-618-2-0.5. Baja ini berupaya memperbaiki struktur tanah berbukit, tanah laterik, tanah liat dan lain-lain.

Ketua Unit Agronomi dan Mekanisasi Ladang, Bahagian Penyelidikan Biologi, MPOB, Ahmad Tarmizi Mohammed berkata, sebelum ini MPOB menghasilkan baja F1, F2 dan F3 iaitu baja yang mempunyai campuran kimia.

“Uniknya baja F4 ialah kita menggunakan campuran organik dan kimia bertujuan untuk membantu mengatasi masalah tanah kurang subur seperti tanah bukit.

“Penghasilan baja ini turut menggunakan bahan zeolite yang berupaya mengawal pelepasan nutrien seiring dengan keperluan pokok kelapa sawit.

“Dengan zeolite juga, pengambilan Nitrogen (N) akan meningkat dan pemeruapan Nitrogen (N) ke udara akan berkurangan berikutan perubahan cuaca dan ini sekali gus dapat mengawal kos penanaman pokok kelapa sawit, malah ia mungkin lebih murah,” katanya.

Termizi berkata, baja MPOB F4 berupaya membekalkan nutrien seimbang iaitu selain mengandungi N, P dan K, baja MPOB F4 juga mengandungi magnesium, boron, kalsium, silicon, kuprum, besi, molidenum, zink, sulfur, karbon, oksigen, hidrogen dan klorin.

Baja MPOB F4 berupaya membantu meningkatkan hasil pengeluaran pokok kelapa sawit melalui kesan secara terkawal hasil kombinasi elemen baja MPON F4 dan ia juga berupaya memperbaiki pH tanah serta struktur tanah yang bermasalah.

Menerusi bahan organik serta zeolite yang ditambah dalam MPOB F4 dapat meningkatkan CEC (Cation Exchange Concentration) tanah dan dapat mengelakkan nutrien daripada terperangkap dalam tanah.

Penggunaan baja MPOB F4 juga dapat menyelesaikan tanah yang berbeza-beza di mana organik yang ada di dalamnya berupaya menarik kehadiran cacing tanah serta mikro organisma berfaedah.

Ia sekali gus merendahkan risiko serangan penyakit dan serangga dan kehadiran cacing tanah dapat menyediakan persekitaran yang sesuai untuk kehidupan mikro organisma berfaedah dan membantu mengudarakan tanah sewaktu aktiviti semula jadi.

Dalam mengeluarkan Baja MPOB F4, MPOB menjalankan kerjasama dengan All Cosmos Industries Sdn Bhd dan untuk tujuan itu satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai sempena Persidangan Kebangsaan Biofertilizers 2008 lalu.

Sementara itu, Pengarah Urusan, Syarikat All Cosmos Industries Sdn Bhd, Dato’ Tony Peng berkata, syarikat itu ditubuhkan pada 2001 di Pasir Gudang, Johor dan turut memperoleh kelulusan ISO 9001 itu adalah pengeluar ekslusif baja itu.

“Syarikat ini bermatlamat mempromosikan konsep pertanian hijau di Malaysia dengan mengitar semula bahan buangan dan seterusnya menjadikan bahan berkenaan itu sebagai baja organik.”

“Baja campuran organik ini banyak diperlukan di kawasan berbukit bukau seperti di Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, dan di Sarawak membabitkan kawasan Bintulu dan Miri,” katanya.

Beliau berkata, dengan penghasilan baja ini dapat membantu pekebun kecil mendapatkan baja yang betul dengan harga yang berpatutan.

Penggunaan baja MPOB F4 dapat mengurangkan perbelanjaan penanam sawit dan sekali gus memberikan pulangan yang lebih kepada mereka.

Dengan baja MPOB F4 juga, penanam sawit bukan saja dapat mengurangkan kos pembajaan sebaliknya berupaya meningkatkan produktiviti hasil buah tandan segar (BTS) kebun mereka.


Sumber :
Berita Harian
25 Mac 2009

Monday 17 June 2013

PEMBAJAAN KELAPA SAWIT - BAJA GUNUNG BERAPI

KEBUN PAK MAJID

Ini merupakan kali-2 Pak Majid membaja kebun sawitnya menggunakan Baja Biotech Compound yang dibekalkan oleh syarikat kami. Kali pertama pada bulan Februari yang lalu. Kerja-kerja pembajaan ini telah dilakukan pada 16 Jun yang lepas. 

Syarikat kami akan cuba mendapatkan reaksi dari masa ke semasa daripada pengguna baja berkenaan. Setakat hari ini, rata-rata yang telah menggunakan baja Biotech Compound untuk getah dan kelapa sawit amat berpuas hati dengan keberkesanannya.

Menaikkan baja di atas hilux.....
Penghantaran baja hingga ke kebun
Kerja-kerja manabur baja...

Monday 3 June 2013

STOK BARU BIOTECH COMPOUND BULAN JUN

Buat masa nie, syarikat kami terpaksa memesan dalam kuantiti yang minima kerana ruang untuk penyimpanan agak terhad.  Ini merupakan pesanan yang ketiga sejak ianya mula beroperasi pada bulan Februari yang lalu.

Pada masa akan datang syarikat kami bercadang untuk membina sebuah stor penyimpanan yang lebih baik. Kami berharap dengan adanya stor itu nanti dapat memberi peluang kepada syarikat kami memesan dalam kuantiti yang lebih besar.

Pihak syarikat bercadang untuk mengadakan stok untuk beberapa jenis baja yang lain bagi memenuhi permintaan pekebun kecil di kawasan liputan kami. Insya Allah baja MPOBF4 akan sampai sebanyak 5 tan pada minggu depan. Beberapa orang pekebun telah pun membuat tempahan awal untuk memastikan mereka akan mendapat stok baja berkenaan.

Terima kasih kepada pengurus Syarikat Suffi Global  En. Din, kerana sudi menjengah ke tempat kami beroperasi dan terima kasih juga kerana memberi peluang perniagaan kepada syarikat kami. 

Baja Biotech Compound disusun kemas.
Kerja-kerja membawa turun baja dari lori
Baja sedia untuk dihantar kepada pelanggan
5 tan telah berjaya diturunkan