Tuesday 30 April 2013

PERSOALAN MENGENAI BAJA BIOTECH COMPOUND


Klik pada gambar untuk ke laman web pengedar utama Baja Biotech Compound PK Plus



SOALAN-SOALAN LAZIM

Soalan 1 : Baja Gunung Berapi tak ada NPK. Mana pokok nak berbuah?

Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori masih mengandungi P dan K. Fungsi Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori adalah menyuburkan tanah, pokok, menggalakkan pengeluaran buah serta memberatkan buah. Apabila tanah menjadi lebih  subur, aktiviti microbial tanah seperti mikroorganisam, cacing, bakteria tanah dan lain-lain akan meningkat dan akan menyumbang NPK secara semulajadi dan berterusan kepada tanah untuk kegunaan 
pokok.

Soalan 2 : Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori lebih mahal dari Baja Gunung Berapi jenama lain.

Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori adalah bahan asli terpilih serta bermutu tinggi dan di jamin keasliannya. Harga yang di tawarkan adalah amat berpatutan dan tidak terlalu mahal jikalau di bandingkan dengan kualiti yang di berikan. Kami menasihati para pengguna agar berhati-hati dengan baja gunung berapi biasa yang murah kerana berkemungkinan adalah bahan yang bermutu rendah atau di campur dengan bahan lain untuk mengelakkan 
pembaziran wang, tenaga serta masa.

Soalan 3 : Pakai Baja Gunung Berapi, buah cepat masak, mulanya banyak tapi lepas tu hasil menyusut.

Buah akan lebih cepat masak kesan dari pemulihan kerana penggunaan baja kimia secara lama dan berterusan. Di nasihatkan juga menggunakan Baja Gunung Berapi berjenama Bakam Suci Ori kerana ia dijamin asli dan bermutu tinggi serta telah di uji secara praktikal selama hampir 6 tahun dan terbukti menghasilkan purata buah kelapa sawit melebihi 1 tan/ekar/bulan serta padi melebihi 10 tan/3 ekar semusim.

Soalan 4 : Pakai Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori ok tapi lepas tu pakai baja kimia NPK hasil pun cantik jugak.

Ini adalah kerana apabila menggunakan Baja Gunung Berapi  Bakam Suci Ori pada peringkat permulaan, ia telah bertindak menyuburkan tanah mati di sebabkan oleh baja kimia. Apabila tanah subur, pokok telah pulih sepenuhnya dan telah bersedia untuk di tekan oleh baja kimia sebab itu ia dapat meningkat hasil yang lebih tinggi. Kami selalu menasihatkan usahawan tani agar gabungkan atau selangkan penggunaan Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori dengan baja kimia atau baja semburan untuk mendapatkan hasil yang paling optima. Tanpa pemulihan tanah dan pokok oleh Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori, amat sukar untuk mencapai tahap hasil yang maksima.

Soalan 5 : Betulkah Baja Gunung Berapi akan menarik baja dalam tanah sampai kosong.

Itu adalah mitos dari pihak yang tidak memahami fungsi Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori. Ia tidak menarik baja dalam tanah tetapi hanya sekadar memegang baja dan berfungsi MELEPASKAN baja tersebut APABILA pokok memerlukannya. Fungsi ini akan mengelakkan pembaziran baja dalam tanah atau baja yang di tambah SETERUSNYA meningkatkan efisiensi penyerapan baja oleh pokok dan mengelakkan PEMBAZIRAN di sebabkan oleh 
proses larut resap. Fungsi ini masih tidak ada dalam lain-lain baja semulajadi setakat ini.

Soalan 6 : Baik pakai Baja UREA atau tahi ayam.

Hati-hati apabila menggunakan baja tahi ayam kerana ia mengandungi patogen atau virus yang boleh merosakkan pokok dan juga kesannya agak perlahan serta berbau busuk yang boleh mengganggu persekitaran. Baja Urea pula  menjurus kepada menghijaukan daun kerana ia hanya mengandungi sumber N yang fungsinya menghijaukan daun.  Perlu di ingat bahawa untuk mendapatkan hasil yang optima, amat PERLU memastikan tanah sentiasa berada di tahap kesuburan yang di tinggi untuk mendapat  tanaman yang amat subur  serta hasil yang tinggi dan Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori adalah jawapannya.

Soalan 7 : Dah pakai baja gunung berapi tapi buah tak berat macam di harap. Perubahan pokok pun macam tak berapa nampak macam di cakap.

Mungkin bahan yang di gunakan bermutu rendah atau tiruan. Pastikan tuan menggunakan Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori kerana ia dijamin asli dan bermutu tinggi serta telah di uji untuk kelapa sawit selama hampir 6 tahun. Lain-lain bukti terhadap hasil pengguna bagi kelapa sawit, padi, pisang, buah naga, buah-buahan, sayur-sayuran, gaharu, stevia dan lain-lain menunjukkan keberkesanan meningkatkan hasil secara berterusan ke tahap maksima. Kami nasihatkan pengguna jangan pening kepala, beli saja produk kami yang telah terbukti serta di jamin keasliannya.

Soalan 8 : Kan dah ada baja subsidi untuk sawah padi. Kenapa nak pakai Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori?

Untuk sawah memang di berikan baja subsidi tetapi untuk lebih meningkatkan hasil ke tahap maksima, kami cadangkan agar Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori di tambah mengikut sukatan dan masa yang di tentukan. Ini kerana dengan menggunakan Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori, kesuburan tanah akan berapa di tahap yang optima dan akan lebih menggalakkan pertumbuhan padi serta dapat memberatkan buah padi. Anggaplah ianya sebagai satu pelaburan yang amat menguntungkan pesawah kerana bukti dari pengguna-pengguna sawah menunjukkan peningkatan hasil melebihi 2 kali ganda atau dapat mencecah ke tahap paling maksima.

Soalan 9 : Pulih tanah sawah? Kan dah biasa bakar jerami padi. Tak cukup ke?

Jerami yang di bakar juda dapat memulihkan tanah dan menambah nutrien kepada tanah tetapi kesannya amat rendah dan perlahan berbanding padi yang memerlukan pemulihan yang cepat di sebabkan padi merupakan sejenis tumbuhan yang amat intensif dalam pengambilan nutrien. Kesuburan tanah perlu di percepatkan dan Baja Gunung Berapi Bakam Suci ori adalah jawapannya kerana telah terbukti penggunaannya oleh pesawah-pesawah yang lebih dahulu menggunakan nya dan telah meraih pendapat yang lumayan.

Soalan 10 : Dulu pernah pakai baja gunung berapi tapi tak jadi pun.

Mungkin tuan telah terbeli baja gunung berapi bermutu rendah atau tiruan. Pastikan Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori kerana kami jamin keaslian dan berkualiti tinggi untuk meningkatkan hasil yang tinggi dan berterusan.

Soalan 11 : Ada orang cakap pakai baja gunung berapi ni bahaya dan boleh merosakkan pokok.

BETUL!! SEKIRANYA tuan menggunakan baja gunung berapi yang TIRUAN. Fungsi baja gunung berapi asli adalah MENYUBURKAN tanah dan pokok bukan merosakkannya ! Oleh itu pastikan tuan puan membeli dan menggunakan Baja Gunung Berapi BAKAM SUCI ORI yang di jamin keaslian nya dan 
bermutu tinggi!!!


Tuesday 23 April 2013

KEBUN SAWIT PAK MAJID

Pak Majid merupakan pengguna baja biotech compound pertama yang dibekalkan oleh syarikat kami. Pokok sawit yang berusia 14 tahun ini telah dibaja dengan baja biotech pada awal bulan Februari yang lalu. Selepas sebulan, pihak kami cuba mendapatkan riaksi pemilik. 

Selepas sebulan tidak banyak yang boleh kami perhatikan. Baja yang ditabur masih lagi belum hancur sepenuhnya. Cuma kami mendapat maklum balas daripada pemilik menyatakan hasil tuaian ada peningkatan sebanyak 200 kg daripada tuaian sebelumnya.

Kami akan cuba mendapatkan perkembangan dari masa ke semasa.







Baja Biotech Compound belum hancur sepenuhnya.

Kebun milik Pak Majid terletak di Kampung Damak.

MENGENAI SYARIKAT KAMI

Golden Rengat Enterprise

VISI

Mewujudkan pekebun kecil berdaya saing dalam meningkatkan hasil tanaman.

MISI

Membekal produk yang berkualiti dan perkhidmatan yang terbaik memudahkan pekebun kecil mendapatkan bekalan dalam meningkatkan hasil keluaran.  


MATLAMAT

  • Membekalkan baja yang berkualiti kepada pekebun kecil.
  • Memberi perkhidmatan penghantaran baja terus ke kebun pelanggan.
  • Membantu pekebun kecil mendapatkan baja dengan harga yang berpatutan.


PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN:

  • Wakil yang dilantik untuk membekal  baja biotech compound.
  • Menawarkan perkhidmatan pembersihan kebun.
  • Menawarkan perkhidmatan membaja.
  • Menawarkan perkhidmatan memetik buah kelapa sawit.

BAJA BIOTECH COMPOUND

http://organikpro.com

Baja Biotech Compound:

Baja Gunung Berapi PK Plus merupakan baja organik yang amat sesuai untuk tanaman Ladang seperti Kelapa Sawit, Getah, Padi, Gaharu, Limau, Mangga, Pisang dan Lain-lain.

Fungsi Kegunaan:
Memulihkan dan merawat tanah mati, meyuburkan pokok, memberatkan buah, memaniskan buah serta menambahkan daya tahan pokok melawan penyakit dan perosak.

Kepada pekebun yang berminat dengan baja biotech compound boleh lah melayari web AGROFRESH TRADING dan hubungi pengedar berdekatan anda.

Golden Rengat Enterprise merupakan wakil yang dilantik oleh Syarikat Agrofresh Trading untuk memasarkan Baja Biotech Compound keluaran syarikatnya. Kami akan cuba membantu pekebun kecil meningkatkan hasil dengan membekalkan baja yang berkualiti dan harga yang berpatutan. 

Tuesday 16 April 2013

TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIEN TUMBUHAN


Tumbuhan juga memerlukan makanan yang seimbang untuk hidup subur dan seterusnya mengeluarkan hasil yang lumayan. Sebagai petani seharus perlu mengetahui serba sedikit tentang perubahan tanaman kita agar dapat membekalkan baja mengikut keperluan pokok tanaman.

TANDA-TANDA KEKURANGAN

NITROGEN (N)
Daun menjadi kuning, khususnya daun tua tidak berlaku keseluruhan
Urat-urat daun juga menjadi kuning.

FOSFORUS (P)
Saiz daun lebih kecil.

KALIUM (K)
Tanda mula-mula kelihatan pada daun yang tua.
Ciri-ciri kekuningan pada hujung daun dan merebak ke tepi daun.
Seterusnya kawasan kekuningan menjadi nekrosis dan berwarna perang.

KALSIUM (Ca)
Kebantutan pokok yang teruk, daun kecil dengan nekrosis pada hujung daun muda dan daun tua.

MAGNESIUM (Mg)
Kekuningan pada daun tua bermula daripada kawasan interkosta berhampiran urat daun dan merebak ke bahagian tepi.
Urat-urat daun masih kekal hijau. Daun-daun masih kekal hijau.
Daun-daun yang telibat akan luruh.

SULFUR (S)
Tanda mula-mula kelihatan pada daun muda yang kekal kecil dan bertukar warna menjadi kuning, sementara urat daun masih kekal hijau.
Daun-daun yang terlibat menjadi cembung di bahagian permukaan atas.

FERUM (Fe)
Daun yang muda mengalami klorosis dengan urat-urat daun masih kekal hijau dan menjadi lebih jelas.

MANGAN (Mn)
Pokok menjadi bantut, daun-daun tua mengalami klorosis dan menjadi kuning sementara urat-urat daun masih kelihatan hijau.

KUPRUM (Cu)
Pucuk daun menjadi kerekot dengan perubahan warna perang di bahagian tepi, diikuti dengan mati rosot pucuk terminal.
Seterusnya terdapat proliferasi pucuk lateral yang juga mudah diserang mati rosak.

Sunday 14 April 2013

MEMBAJA MERAIH HASIL YANG LUMAYAN

Klik pada gambar untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Kaedah membaja memainkan peranan penting untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Pekebun perlu mengetahui cara-cara pembajaan yang betul, membaja mengikut jadual serta pemilihan baja yang betul. 


Terdapat 3 prinsip membaja meraih hasil yang lumayan:

PRINSIP 1 : Biar Tanaman Sawit Mendapat Bekalan Nutrien Yang Mencukupi

PRINSIP 2 : Biar Tanaman Sawit Mendapat Bekalan Nutrien  Secara Konsisten Dan Berkekalan

PRINSIP 3 : Biar Membaja di Tempat Taburan Akar Kesan Lebih Baik


Klik Di sini  untuk mendapat maklumat lanjut.

Sumber: Infopertanian.com

Saturday 6 April 2013

KEBUN POK LI

Daun anak sawit yang berusia 1 tahun lebih menjadi lembut

Kebun sawit milik Pok Li mengalami masalah daun menjadi lembut, dan melayut ke bawah. Masalah ini terjadi kerana tersalah menggunakan baja kimia. Mungkin baja berkenaan tidak sesuai untuk anak sawit yang masih kecil. 



Jadi syarikat kami telah mencadangkan agar menggunakan baja biotech. Setelah sebulan lebih dibaja, hasilnya pelepah kelapa sawit  semakin keras.