Sunday, 17 March 2013

BAJA DAN KEPERLUAN UNTUK POKOK



FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGAMBILAN NUTRIEN OLEH POKOK SAWIT


1. Kaedah Penaburan
  • Manual iaitu samada di bulatan atau baris pelepah.

2. Masa Penaburan
  • Elakkan aplikasi baja pada musim panas berpanjangan atau musim hujan.

3. Kekerapan Penaburan
  • Bergantung kepada topografi ladang, jenis tanah, jumlah hujan tahunan, dan jenis baja.

4. Kadar Baja
  • Bergantung kepada umur pokok dan potensi hasil sesuatu kawasan.

5. Tempat Perletakan Baja
  • Bergantung kepada umur pokok dan topografi iaitu baja ditabur samada di bulatan, lorong pelepah atau teres

6. Kualiti Baja
  • Baja yang tidak berkualiti mempunyai kadar nutrien yang lebih rendah daripada yang sepatutnya dan jika tidak diambil perhatian menyebabkan pokok tidak mendapat zat nutrien yang cukup dan kerugian pada pihak ladang.
  • Dua komponen yang perlu diberi perhatian iaitu komposisi nutrien dalam baja dan peratusan kelembapan pada baja.
  • Oleh itu, setiap jenis baja yang diterima perlu disampel untuk analisa kedua-dua komponen berkenaan sebelum baja tersebut diaplikasi ke ladang

FAKTOR-FAKTOR KEHILANGAN NUTRIEN

1. Persediaan Awal Ladang Tidak Betul
  • Berlaku hakisan di ladang secara meluas menyebabkan kehilangan banyak tanah atas (topsoil)


2. Pemeruwapan (volatilisation)
  • Berlaku pada baja berunsur N seperti Urea. Boleh dikurangkan melalui:
          a) Aplikasi baja berunsur N (urea) pada bulan lembap
          b) Baja N yang ditabur ditutup dengan tanah (raking in).
          c) Aplikasi baja N dipecahkan kepada beberapa pusingan.


3. Larut resap (leaching)
  • Kerap berlaku pada kawasan tanah berpasir dan menerima hujan tinggi.
  • Unsur N, K dan Mg adalah nutrien utama yang boleh hilang melalui larut resap.
  • Kehilangan melalui larut resap boleh dikurangkan secara:
          a) Aplikasi sesuatu jenis baja dipecahkan kepada beberapa pusingan.
          b) Menabur rata baja pada kawasan akar aktif tanaman untuk meningkatkan kadar
               serapan.
          c) Mengelakkan pembajaan pada bulan-bulan yang hujan tinggi iaitu hujan melebihi
              250 mm per bulan atau bilangan hari hujan melebihi 15 hari per bulan.
          d) Sungkupan dengan tandan kosong untuk meningkatkan kandungan organik tanah.
          e) Meninggikan pH tanah berasid melalui pengapuran untuk meningkatkan kadar
              pertukaran kation (CEC).


4. Hakisan
  • Melibatkan kehilangan tanah atas dan zat nutrien yang terkandung bersamanya.
  • Kehilangan nutrien melalui hakisan dan air larian permukaan boleh dikurangkan secara:
          a) Aplikasi baja dibahagikan kepada beberapa pusingan.
          b) Kekalkan penutup bumi yang baik dalam ladang
          c) Penggunaan tandan kosong ataupun pelepah yang dicantas sebagai sungkupan
          d) Pembinaan teres dan tapak tanaman yang baik pada kawasan berbukit.
          e) Penggunaan ban (soil bund) ataupun 'silt pit' untuk memperlahan dan memerangkap                                
              aliran air pada kawasan teres

5. Zat Nutrien Diikat Oleh Tanah (Fixation)

Contohnya:
a) Nitrogen (N) diikat oleh tumbuhan kekacang ataupun mikrob untuk proses pereputan bahan organik.
b) Fosforus (P) diikat oleh tanah yang kaya dengan unsur Fe dan Al.




PROSES PENINGKATAN INI BOLEH DAN AKAN DIKURANGKAN APABILA:
  • Bahan organik telah terurai sepenuhnya dan unsur N dibebaskan secara mineralisasi.
  • Aplikasi baja fosforus (P) secara jalur (band application), di atas pelepah ataupun di luarbulatan pokok iaitu kawasan akar aktif untuk mengurangkan sentuhan baja dengan tanah.
  • Melakukan pengapuran pada tanah pH rendah.
  • Sungkupan permukaan tanah dengan pelepah yang dicantas ataupun tandan kosong.


KESIMPULAN
  • Peningkatan penghasilan BTS bergantung kepada beberapa faktor seperti tanah, pembajaan, cuaca (hujan, suhu, cahaya), amalan agronomi dan tahap pengurusan ladang.
  • Oleh kerana baja merupakan komponen kos yang tinggi dalam operasi perladangan sawit, kualiti baja dan keberkesanan pembajaan janganlah dipandang ringan oleh pihak pengurusan.
  • Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pembajaan adalah:
    1.  Kaedah membaja
    2. Masa penaburan
    3. Kadar pembajaan
    4. Persaingan rumpai
    5. Bilangan dirian pokok f) Serangan perosak & penyakit

No comments:

Post a Comment