Friday 14 March 2014

AMALAN PEMBAJAAN KELAPA SAWIT


Baja MPOB F4

PEMBAJAAN LADANG BERBUKIT

Ladang berbukit mudah kehilangan baja. Terutama apabila musim hujan. Tanah akan terhakis dan baja akan dibawa air. Nutrien kerap hilang di kawasan ini adalah BORON .

TIPS

Baja butiran boleh ditimbus dengan tanah selepas pembajaan. Satu lagi kaedah dengan mengali parit antara pokok itu untuk meletakkan baja supaya tidak dibawa air ketika hujan.


PENGAIRAN LADANG

Ladang kelapa sawit yang sering ditenggelami air akan menyebabkan tanah masam. Akibatnya akar pokok mereput, daun bertukar menjadi kuning dan hasilnya akan berkurangan.

TIPS

Lakukan sistem perparitan bagi membolehkan air mengalir dengan baik.


PENGGEMBURAN TANAH 
MENGGUNAKAN CACING

Tanah yang gembur menjadikan akar berkembang dengan baik. Batang pokok untuk menjadi sihat. Buah sawit yang dihasilkan besar dan berat.

TIPS

Menyediakan ruang untuk cacing untuk hidup dengan baik dengan membersihkan kebun tanpa menggunakan racun yang berlebihan. Menggalakkan penggunaan baja organik tambahan untuk meneutralkan tanah.


PEMBAJAAN EFEKTIF

Rumput dan juga sisa lebihan pokok seperti serpihan pelepah menghalang penyerapan baja secara terus kepada akar. Keberkesanan baja menjadi berkurangan akibat kehilangan baja.

TIPS

Bersihkan pangkal pokok sebelum pembajaan dilakukan. Dengan cara ini , baja ini akan diserap dengan lebih efektif.


POKOK SAWIT JANTAN

Pokok sawit jantan terjadi akibat tiada pendebungaan sempurna antara bunga jantan ( debunga) dan bunga betina ( tandan ). Pokok ini tidak mengeluarkan hasil.

TIPS

Nutrien BORON boleh membantu pembentukan bunga jantan dan bunga betina dengan baik. Nutrien ini boleh didapati dalam baja asas dan baja tambahan khas .

Baja Kelapa Sawit


4 comments:

  1. Terima kasih kerana menyebarkan ilmu bermanfaat ini dari page Komuniti Pemilik Tanaman Sawit.

    Dapatkan tips terbaru di

    https://www.facebook.com/tanamsawit.wordpress

    Bersama memajukan industri sawit Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Kami mengharapkan perkongsian ini dapat memberi kebaikan semua penggungjung blog ini. Terima kasih kepada Komuniti Pemilik Tanaman Sawit.

    ReplyDelete
  3. Bagaimana untuk mendapatkan baja ini?

    ReplyDelete
  4. Boleh hubungi kami. Ditalian yang tertera.

    ReplyDelete