KEROSAKAN POKOK SAWIT BELUM MATANG OLEH TIKUS DAN KUMBANG BADAK SERTA KESAN KE ATAS PENGELUARAN HASIL AWALAN SAWIT
Serangan Tikus Terhadap Pelepah Bawahan Pokok Kelapa Sawit Berumur 14 Bulan Lepas Tanam
Tikus merupakan sejenis perosak yang signifikan di ladang kelapa sawit yang akan mendatangkan kerosakkan dan kerugian dari segi hasil tanaman.
- Tikus akan menggerogoti pelepah bawahan pokok kelapa sawit muda malah menggali lubang di pangkal pokok muda dan makan tisu-tisu muda di dalamnya
- Tikus juga akan makan mesokarp set buah serta meleraikannya daripada pokok.
Kawalan Perosak :
- Guna Racun Tikus Storm merupakan racun tikus jenis 'antigumpal' yang berkesan. (keluaran bm)
- Guna Racun Tikus Butik G2 Rat Bait (keluaran felda)
Serangan Kumbang Badak Ke atas Pengeluaran Hasil Awalan Sawit
Kumbang badak akan merosakkan tunas daun pokok muda atau belum matang yang belum kembang menyebabkan permukaan daun berkurangan apabila berkembang nanti.
Keadaan ini akan menyebabkan kecekapan proses fotosintesis akan berkurangan dan selanjutnya mengganggu pengeluaran hasil pada masa akan datang.
- Kumbang badak sering menyerang pelepah pokok sawit muda dan masuk ke dalam tempat pembentukan tunas daun dengan cara menggorek lubang di pangkal pelepah.
Kawalan Perosak :
- Guna ORY-X sejenis sebuk yang perlu dibancuh dan di sembur pada pokok yang diserang perosak. (keluaran felda)
No comments:
Post a Comment