Tuesday, 30 April 2013

PERSOALAN MENGENAI BAJA BIOTECH COMPOUND


Klik pada gambar untuk ke laman web pengedar utama Baja Biotech Compound PK Plus



SOALAN-SOALAN LAZIM

Soalan 1 : Baja Gunung Berapi tak ada NPK. Mana pokok nak berbuah?

Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori masih mengandungi P dan K. Fungsi Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori adalah menyuburkan tanah, pokok, menggalakkan pengeluaran buah serta memberatkan buah. Apabila tanah menjadi lebih  subur, aktiviti microbial tanah seperti mikroorganisam, cacing, bakteria tanah dan lain-lain akan meningkat dan akan menyumbang NPK secara semulajadi dan berterusan kepada tanah untuk kegunaan 
pokok.

Soalan 2 : Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori lebih mahal dari Baja Gunung Berapi jenama lain.

Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori adalah bahan asli terpilih serta bermutu tinggi dan di jamin keasliannya. Harga yang di tawarkan adalah amat berpatutan dan tidak terlalu mahal jikalau di bandingkan dengan kualiti yang di berikan. Kami menasihati para pengguna agar berhati-hati dengan baja gunung berapi biasa yang murah kerana berkemungkinan adalah bahan yang bermutu rendah atau di campur dengan bahan lain untuk mengelakkan 
pembaziran wang, tenaga serta masa.

Soalan 3 : Pakai Baja Gunung Berapi, buah cepat masak, mulanya banyak tapi lepas tu hasil menyusut.

Buah akan lebih cepat masak kesan dari pemulihan kerana penggunaan baja kimia secara lama dan berterusan. Di nasihatkan juga menggunakan Baja Gunung Berapi berjenama Bakam Suci Ori kerana ia dijamin asli dan bermutu tinggi serta telah di uji secara praktikal selama hampir 6 tahun dan terbukti menghasilkan purata buah kelapa sawit melebihi 1 tan/ekar/bulan serta padi melebihi 10 tan/3 ekar semusim.

Soalan 4 : Pakai Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori ok tapi lepas tu pakai baja kimia NPK hasil pun cantik jugak.

Ini adalah kerana apabila menggunakan Baja Gunung Berapi  Bakam Suci Ori pada peringkat permulaan, ia telah bertindak menyuburkan tanah mati di sebabkan oleh baja kimia. Apabila tanah subur, pokok telah pulih sepenuhnya dan telah bersedia untuk di tekan oleh baja kimia sebab itu ia dapat meningkat hasil yang lebih tinggi. Kami selalu menasihatkan usahawan tani agar gabungkan atau selangkan penggunaan Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori dengan baja kimia atau baja semburan untuk mendapatkan hasil yang paling optima. Tanpa pemulihan tanah dan pokok oleh Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori, amat sukar untuk mencapai tahap hasil yang maksima.

Soalan 5 : Betulkah Baja Gunung Berapi akan menarik baja dalam tanah sampai kosong.

Itu adalah mitos dari pihak yang tidak memahami fungsi Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori. Ia tidak menarik baja dalam tanah tetapi hanya sekadar memegang baja dan berfungsi MELEPASKAN baja tersebut APABILA pokok memerlukannya. Fungsi ini akan mengelakkan pembaziran baja dalam tanah atau baja yang di tambah SETERUSNYA meningkatkan efisiensi penyerapan baja oleh pokok dan mengelakkan PEMBAZIRAN di sebabkan oleh 
proses larut resap. Fungsi ini masih tidak ada dalam lain-lain baja semulajadi setakat ini.

Soalan 6 : Baik pakai Baja UREA atau tahi ayam.

Hati-hati apabila menggunakan baja tahi ayam kerana ia mengandungi patogen atau virus yang boleh merosakkan pokok dan juga kesannya agak perlahan serta berbau busuk yang boleh mengganggu persekitaran. Baja Urea pula  menjurus kepada menghijaukan daun kerana ia hanya mengandungi sumber N yang fungsinya menghijaukan daun.  Perlu di ingat bahawa untuk mendapatkan hasil yang optima, amat PERLU memastikan tanah sentiasa berada di tahap kesuburan yang di tinggi untuk mendapat  tanaman yang amat subur  serta hasil yang tinggi dan Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori adalah jawapannya.

Soalan 7 : Dah pakai baja gunung berapi tapi buah tak berat macam di harap. Perubahan pokok pun macam tak berapa nampak macam di cakap.

Mungkin bahan yang di gunakan bermutu rendah atau tiruan. Pastikan tuan menggunakan Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori kerana ia dijamin asli dan bermutu tinggi serta telah di uji untuk kelapa sawit selama hampir 6 tahun. Lain-lain bukti terhadap hasil pengguna bagi kelapa sawit, padi, pisang, buah naga, buah-buahan, sayur-sayuran, gaharu, stevia dan lain-lain menunjukkan keberkesanan meningkatkan hasil secara berterusan ke tahap maksima. Kami nasihatkan pengguna jangan pening kepala, beli saja produk kami yang telah terbukti serta di jamin keasliannya.

Soalan 8 : Kan dah ada baja subsidi untuk sawah padi. Kenapa nak pakai Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori?

Untuk sawah memang di berikan baja subsidi tetapi untuk lebih meningkatkan hasil ke tahap maksima, kami cadangkan agar Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori di tambah mengikut sukatan dan masa yang di tentukan. Ini kerana dengan menggunakan Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori, kesuburan tanah akan berapa di tahap yang optima dan akan lebih menggalakkan pertumbuhan padi serta dapat memberatkan buah padi. Anggaplah ianya sebagai satu pelaburan yang amat menguntungkan pesawah kerana bukti dari pengguna-pengguna sawah menunjukkan peningkatan hasil melebihi 2 kali ganda atau dapat mencecah ke tahap paling maksima.

Soalan 9 : Pulih tanah sawah? Kan dah biasa bakar jerami padi. Tak cukup ke?

Jerami yang di bakar juda dapat memulihkan tanah dan menambah nutrien kepada tanah tetapi kesannya amat rendah dan perlahan berbanding padi yang memerlukan pemulihan yang cepat di sebabkan padi merupakan sejenis tumbuhan yang amat intensif dalam pengambilan nutrien. Kesuburan tanah perlu di percepatkan dan Baja Gunung Berapi Bakam Suci ori adalah jawapannya kerana telah terbukti penggunaannya oleh pesawah-pesawah yang lebih dahulu menggunakan nya dan telah meraih pendapat yang lumayan.

Soalan 10 : Dulu pernah pakai baja gunung berapi tapi tak jadi pun.

Mungkin tuan telah terbeli baja gunung berapi bermutu rendah atau tiruan. Pastikan Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori kerana kami jamin keaslian dan berkualiti tinggi untuk meningkatkan hasil yang tinggi dan berterusan.

Soalan 11 : Ada orang cakap pakai baja gunung berapi ni bahaya dan boleh merosakkan pokok.

BETUL!! SEKIRANYA tuan menggunakan baja gunung berapi yang TIRUAN. Fungsi baja gunung berapi asli adalah MENYUBURKAN tanah dan pokok bukan merosakkannya ! Oleh itu pastikan tuan puan membeli dan menggunakan Baja Gunung Berapi BAKAM SUCI ORI yang di jamin keaslian nya dan 
bermutu tinggi!!!


No comments:

Post a Comment