Tuesday, 16 April 2013

TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIEN TUMBUHAN


Tumbuhan juga memerlukan makanan yang seimbang untuk hidup subur dan seterusnya mengeluarkan hasil yang lumayan. Sebagai petani seharus perlu mengetahui serba sedikit tentang perubahan tanaman kita agar dapat membekalkan baja mengikut keperluan pokok tanaman.

TANDA-TANDA KEKURANGAN

NITROGEN (N)
Daun menjadi kuning, khususnya daun tua tidak berlaku keseluruhan
Urat-urat daun juga menjadi kuning.

FOSFORUS (P)
Saiz daun lebih kecil.

KALIUM (K)
Tanda mula-mula kelihatan pada daun yang tua.
Ciri-ciri kekuningan pada hujung daun dan merebak ke tepi daun.
Seterusnya kawasan kekuningan menjadi nekrosis dan berwarna perang.

KALSIUM (Ca)
Kebantutan pokok yang teruk, daun kecil dengan nekrosis pada hujung daun muda dan daun tua.

MAGNESIUM (Mg)
Kekuningan pada daun tua bermula daripada kawasan interkosta berhampiran urat daun dan merebak ke bahagian tepi.
Urat-urat daun masih kekal hijau. Daun-daun masih kekal hijau.
Daun-daun yang telibat akan luruh.

SULFUR (S)
Tanda mula-mula kelihatan pada daun muda yang kekal kecil dan bertukar warna menjadi kuning, sementara urat daun masih kekal hijau.
Daun-daun yang terlibat menjadi cembung di bahagian permukaan atas.

FERUM (Fe)
Daun yang muda mengalami klorosis dengan urat-urat daun masih kekal hijau dan menjadi lebih jelas.

MANGAN (Mn)
Pokok menjadi bantut, daun-daun tua mengalami klorosis dan menjadi kuning sementara urat-urat daun masih kelihatan hijau.

KUPRUM (Cu)
Pucuk daun menjadi kerekot dengan perubahan warna perang di bahagian tepi, diikuti dengan mati rosot pucuk terminal.
Seterusnya terdapat proliferasi pucuk lateral yang juga mudah diserang mati rosak.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment