Monday 3 February 2014

TIPS PEMBAJAAN MURAH DAN BERKESAN UNTUK KELAPA SAWIT

Baja Pintar Ori

Tips-tips yang diberikan di bawah AMAT membantu pengusaha kelapa sawit meningkatkan hasil dengan ketara dan berterusan dengan kos pembajaan yang amat MENJIMATKAN.



Tips-Tips yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman terkumpul yang telah dipraktikkan oleh pengusaha- pengusaha kelapa sawit yang telah mendapat pulangan hasil yang tinggi dan berterusan.

Berikut adalah tips-tips pembajaan TERBAIK untuk kelapa sawit :

Pokok kelapa sawit yang ditaman menggunakan
baja lubang

SEMASA PENANAMAN ANAK BENIH KELAPA SAWIT

Masukkan 500g Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori ke dalam lubang yang digali untuk penanaman anak kelapa sawit. Kemudian letakkan anak pokok kelapa sawit dan kambus seperti biasa.

Kebaikan:

Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori akan membantu pertumbuhan akar baru dengan 
lebih cepat. Pokok akan lebih cepat membesar , sihat dan lebih daya tahan penyakit.


PEMBAJAAN POKOK KECIL


Pada umur pokok 0-5 tahun, terdapat 3 kaedah pembajaan yang disarankan (Pilih salah satu)


Kaedah 1 : 


Pembajaan menggunakan Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori sahaja.


Sukatan pembajaan adalah 1kg untuk setiap pokok setiap 2 bulan sekali


Kaedah 2

Pembajaan dengan menggunakan campuran Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori dan Baja sebatian NPK (N tinggi). 
Contoh NPK (N tinggi) = 20:10:10 (Baja Subur/Baja Gemuk)

Nisbah sukatan baja campuran adalah 1 bahagian Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori : 1 bahagian Baja Sebatian NPK

Sukatan pembajaan adalah 1kg untuk setiap pokok setiap 2 bulan sekali

Kaedah 3

Pembajaan dengan menggunakan campuran BajaGunung Berapi Bakam Suci Ori dan Baja sebatian NPK (seimbang). 
Contoh NPK (seimbang) = 15:15:15 (Baja Seimbang)

Nisbah sukatan baja campuran adalah 1 bahagian Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori : 1 bahagian Baja Sebatian NPK

Sukatan pembajaan adalah 1kg untuk setiap pokok setiap 2 bulan sekali

Kebaikan

Memberikan nutrien yang lengkap dan mencukupi untuk proses pembesaran agar pokok dapat membesar dengan cepat dan sihat

Memastikan kesuburan tanah dikekalkan secara berterusan

C. PEMBAJAAN POKOK MATANG

Pada umur pokok 5 – 15 tahun pokok kelapasawit telahmencapai tempoh pokok matang. Dimana pada usia ini purata pengeluaran hasil sawit adalah pada tahap paling tinggi. Tahukah anda bahawa kelapasawit terbahagi kepada 2 musim utama? Musim yang terdapat dalam kitaran hidup kelapa sawit adalah musim berbuah lebat dan musim melawas.

Pada musim berbuah lebat, pokok kelapa sawit akan mengeluarkan hasil yang tinggi. Biasanya pada bulan Februari – September .

Berikut adalah kaedah pembajaan yang disarankan pada musim berbuah.

Pembajaan dengan menggunakancampuranBaja Gunung Berapi Bakam Suci Ori dan Baja sebatian NPK (K tinggi). 
Contoh NPK (K tinggi) = 12:12:17 (Baja Buah)

Nisbah sukatan baja campuran adalah 1 bahagian Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori : 1 bahagian Baja Sebatian NPK

Sukatan pembajaan adalah 2kg untuk setiap pokok setiap 3 bulan sekali

Kebaikan:

Penggunaan sukatan baja campuran seperti yang disarankanakan meningkatkan hasil sawit dengan manggalakkan pengeluaran buah serta memberatkan buah sawit. Selain itu, kesuburan tanah juga akan sentiasa berada pada tahap optimum dan tidak rosak atau mati.

Pada musim melawas pula, kelapa sawi tmengeluarkan hasil yang rendah berbanding musim berbuah. Tempoh ini adalah tempoh untuk kelapa sawit berehat. Tempoh musim melawas bagi kelapa sawit adalah sekitar bulan Oktober- Januari.

Terdapat 3 kaedah pembajaan yang disarankan pada musim melawas (Pilih salah satu)

Kaedah 1

Pembajaan mengunakan Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori sahaja.

Sukatan pembajaan adalah 2kg untuk setiap pokok setiap 3 bulan sekali

Kaedah 2

Pembajaan denganm enggunakan campuran Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori dan Baja sebatian NPK (seimbang). 
Contoh NPK (seimbang) = 15:15:15 (Baja Seimbang)

Nisbah sukatan baja campuran adalah 1 bahagian Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori : 1 bahagian Baja Sebatian NPK

Sukatan pembajaan adalah 2 kg untuk setiap pokok setiap 3 bulan sekali

Kaedah 3



Pembajaan dengan menggunakan campuran Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori dan Baja Urea. 

Nisbah sukatan baja campuran adalah 1 bahagian Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori : 1 bahagian Baja Urea

Sukatan pembajaan adalah 2kg untuk setiap pokok setiap 3 bulan sekali

Kebaikan

Sukatan pembajaan yang disarankan adalah sesuai untuk kelapa sawit pada musim melawas. Ini adalah tempoh terbaik untuk memberikan bekalan nutrient pada pokok disamping merehat serta memulihkan pokok supaya bila tibanya musim berbuah ia dapat mengeluarkan hasil yang lebih banyak.

Anda tidak disaran untuk menggunakan baja yang mempunyai kandungan K (tinggi) pada musim melawas kerana tindakan ini akan melemahkan dan merosakkan pokok. Seperti kita, setelah penat bekerja kita perlukan masa untuk bercuti begitu juga dengan tanaman kelapa sawit.


SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERJAYA
KAMI SUBURKAN TANAH DAN TANAMAN
ANDA MAKSIMAKAN HASIL DAN PENDAPATAN

No comments:

Post a Comment